++Custom Album - Ekin & Mawi



Akhirnya siap juga 4 buah custom album utk Ekin & Mawi.Setiap album untuk setiap event yg berlangsung di Johor.Album pertama utk Majlis Pernikahan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, album ke-2 utk Majlis Resepsi di Stadium Bandaraya Johor Bahru, album ke-3 utk Majlis Persandingan di rumah keluarga Ekin di Taman Impian Emas, Johor Bahru dan album ke-4 utk Majlis Bertandang di Felda Taib Andak, Kulai Johor. Masa di ambil hampir 3 bulan utk menyiapkan 4 album ini, adalah kerana pemilihan gambar dari hampir 20,000 shoots memerlukan ketelitian yg tinggi dan hasil sentuhan Artcreative kali ini adalah berlainan dari kebiasaan. Pengolahan agak radikal dari segi mood gambar, blending teknik, layout dan background...sentuhan konsep tradisional dan moden diterapkan dalam design kali ni, dan bersesuaian dengan konsep sepanjang majlis resepsi Ekin & Mawi. Artcreative masih menunggu detik untuk menyerahkan album ini kepada Ekin & Mawi secara personal.Pertemuan sudah di atur dan menunggu kelapangan Ekin & Mawi utk sesi penyerahan album ini. ArtCreative mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh keluarga Ekin yg berbesar hati melantik ArtCreative Photography sebagai Official Photographer untuk pihak Ekin di sepanjang empat acara besar yg berlangsung di Johor. Terima Kasih juga kepada semua yg memberi kerjasama yg baik di sepanjang event berlangsung terutama dari Astro, Maestro Talent , Karangkraf dan Mazlan Photography.

No comments:

Post a Comment