++Resepsi Hadzrul & Habibah



Dah penat citer pasal diri aku...si entry ni balik semula pada perkahwinan, untuk entry kali ni adalah kesinambungan Majlis Persandingan Habibah & Hadzrul di Benut Pontian pada pertengahan mac yg lalu..Untuk majlis resepsi bg pihak Hadzrul telah diadakan di FRIM, Kepong pada 4hb April 2009.Ini adalah pertama kali menjejak kaki di sana.Terima kasih pada yg sudi tagged dgn aku hari tu.

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

promosi1

++Kisah Aku - Episod 4 - Muzik Aku

Rasanya dah penat asyik citer pasal kamera dan orang kawen, kali ni aku nak cerita pasal muzik..ramai yg kenal aku, tapi tak ramai yg tahu tentang genre muzik yg aku layan selama ni.Jiwa aku lebih kepada muzik "batu kapak".Zaman sekolah aku menjadi follower Battle of The Band, kumpulan seperti May, Wings, Search, Whitesteel, Lefthanded, Bloodsheed, Metallion, D'Episode, Rockerz, Rusty Blade dan banyak kumpulan rock yg muncul pada zaman tu, trend seluar ketat menjadi fesyen seharian aku.Ramai penyanyi rock solo sekarang ni dulunya adalah berkumpulan antara yg masih aku ingat ialah Rahim Maarof pernah bersama kumpulan Whitesteel, Hattan bersama F.R.U ( Five Rockers Union ) dan Aris Ariwatan bersama kumpulan asal beliau Ariwatan dan Ustaz Akhil Havy bersama band D'Riyadh.
Rock zaman itu lebih layan dari rock sekarang ni..sekarang ni aku tengok dah tak original dah rock sekarang ni, main gitar pun baik dan sopan jer dan lebih kepada moden rock...sampai sekarang aku masih layan kumpulan "batu kapak" ni.Kepada penggemar muzik rock kapak boleh layan lagu kat sini.
Muzik sebegini dah lali dalam hidup aku, dari irama rock yang lembut melodi aku sampai lah kepada yg lebih keras, kumpulan luar negara yg aku minat ketika itu Morbid Angle, Cannibal Corpse,D.R.I ( Dirty Rotten Imbeciles ), Slayer, Sepultura , Exobus dan banyak band-band thrash metal yg menjadi santapan jiwa aku.Ada gak kumpulan Heavy Metal yg aku minat cam Metalica, Heloween, DIO, Megadeath dan Iron Maiden yg melodinya lebih santai.
Kalau band kat Malaysia, aku layan XPDC, Cromok, Suffercation, FTG, Koffin Kanser dan beberapa band ungerground lagi.Dan muzik ni masih menjadi hiburan sampai sekarang ni.
Banyak yg aku nk tulis tentang muzik dan hidup aku...nanti aku sambung kat entry ni...sambil tu layan dulu lagu ni..




Cannibal Corpse, sebuah kumpulan yang lahir dari genre Death Metal, ditubuhkan sekitar tahun 1988 di USA, irama dan melodi muzik mereka lebih bertemakan keganasan seperti unsur-unsur Gore, Death, Torture, Cannibalism dan Zombies dalam setiap lirik suara garau lagu mereka....so layan dulu dua lagu dari diorang ni!!

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

promosi1

++Kisah Aku - Episod 3 - Zaman Sekolah Rendah

aku sekolah kat Sek Keb Changkat Lobak, dulu sekolah tu buruk giler bilik darjah hanya dipisahkan dengan partion paras pinggang jer dan kalau nak pegi kelas sebelah pun tak payah susah-susah .
Seawal pagi sampai sekolah, aku akan pergi beli "cucoq kembung" Pak Ali kat bawah pokok rambutan tepi pagar sekolah dulu, cucoq kembung ni kira special le kat sekolah masa tu seploh sen jer satu, cucoq tu di belah dua dan kuah kacang tu letak kat tengah, makan sebiji pun dah boleh kenyang sampai balik sekolah.
Aktiviti pertama bila kelas bermula ialah kutip sampah sekitar sekolah, biasanya budak darjah satu sampai tiga ler yg jadi balaci kutip sampah ni.Kami di awasi oleh pengawas yg terdiri dari budak darjah lima dan enam, diorang ni garang nak mampos, sapa yg tak kutip kena sebat dengan pengawas..yg aku aku ingat sorang jer nama pengawas tu..Halim nama dia, badan besar tak ingat, aku selalu kena sebat dengan dia ni, tapi aku tak pernah nak balas dendam atau gaduh dgn diorang ni.Masa tu semua murid respect giler kat cikgu dan pengawas ni.Habis aktiviti kutip sampah baru ler kitorang mula belajar.
Masa darjah satu, aku tulis kat papan hitam kecik yg dah pecah bucu kiri yg aku bawa dari rumah, masa tu belum ada buku tulis utk budak darjah satu.Aku tak pasti papan hitam tu dah berapa ramai yg guna, sampai turn aku bucu kiri dah pecah.Kawan-kawan aku gelakkan sebab papan hitam aku tu pecah, sebab malu dengan kawan-kawan, aku tutup dengan tangan kiri bucu yg pecah tu setiap kali cikgu datang kat meja aku...ekekekke
Aku belajar menulis dan mengira kat papan hitam tu ler, darjah dua baru boleh tulis kat kertas.Tak banyak yg menarik zaman sekolah rendah ni, sebab sekolah Changkat Lobak ni, tak ler bagus berbanding sekolah lain.
Kawan-kawan yg aku ingat masa sekolah rendah dulu, Sadri Asmuni, Mohd Khair Napiah, Jefri Zainal, Mohd Hamidi, Abd Halim, Abd Wahab, Mohd Rajidi, Hambeli, Zaidi Saat dan yg laij aku tak ingat sangat dan sorang awek yg paling lawa kat sekolah tu Masliza Masri, dia ni budak KL, tapi pindah kat kampung aku masa darjah tiga.Masliza ni jadi rebutan ramai budak lelaki sebab dia memang lawa ketika tu...kalau tak salah aku ada sorang kawan nama Hamidi yg declare tu awek dia...eekkekekeke
Ada diantara kawan-kawan aku dulu yg dah meninggal dunia akibat kemalangan, Al-fatihah untuk arwah Abd Wahab dan sorang lagi yg aku tak ingat nama, semoga roh mereka di cucuri rahmat.

Zaman sekolah rendah banyak mengajar aku menjadi cekal dan berani, aku mengharap suatu hari nanti aku akan dapat berjumpa dengan semua kawan-kawan yg pernah sama-sama belajar dan masih mengenali aku...mungkin ada yg baca blog penjajah takluk fotografi perkahwinan Malaysia pernah mengenali aku dulu..

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

promosi1
.

++Kisah Aku - Episod 2

Jika aku ingatkan semula zaman kecil dulu, kehidupan aku dulu dah banyak berubah berbanding sekarang ni. Kami 8 beradik semuanya, aku anak kedua dan aku ada 2 adik perempuan.Satu perkara yg aku masih ingat dan menjadi aktiviti mingguan aku bila cuti sekolah ialah mengail. Boleh dikatakan ni aktiviti wajib aku saban minggu .Masa ni aku baru tingkatan satu.

Mengail bukan kesukaan atau hobi sebenarnya, tp lebih kepada tugasan kerana itulah lauk yg aku akan makan bersama keluarga aku setiap hari.Biasanya aku mengail sekitar kampung aku tu jugak, aku panggil sungai 'beriai'( nama asal Sg. Beriah )sebab loghat utara kot beriah jadi beriai.Dulu sungai tu banyak ikan, ada baung, teruboi, bujuk dan macam-macam spesis ikan air tawar.
Tapi dalam banyak-banyak spesis ikan, aku lebih suka mengail baung berbanding ikan-ikan lain tp aku perlu pergi jauh sikit dari kampung aku tu, baung ni sedap kalau masak lemak cili padi..perghhh sedap beb...biasa nya aku dapat ikan cukup utk makan sekeluarga. kadang-kadang boleh cover utk dua-tiga hari.Lokasi aku mengail baung ni agak jauh dari rumah dan perlu melalui kebun getah serta hutan sikit, lupa dah nama tempat tu, kadang-kadang aku pergi sorang-sorang je kalau takde kawan.Berbekalkan cacing tanah serta ulat rumbia sebagai umpan, aku meredah semak dan paya utk ke lokasi.Tapi sebab dah biasa dengan hidup sebagai orang kampung ni, aku dah biasa hidup susah.
Waktu aku mengail dari pukul 2 petang sampai 7 petang, biasanya kol 7 ni cerah lagi dan waktu tu ler ikan rancak makan umpan, tapi apakan daya aku kena balik melalui kebun getah dan hutan yg gelap tu.Rasa seriau tu ada gak bila lalu hutan ni, pernah gak orang panggil nama aku, padahal aku sorang je masa tu..aku buat-buat tak tau jer..mak aku kata...JANGAN PEDULI!!

Masa makan malam yg aku ingat, Mak selalu bagikan lauk kat kami adik beradik sama rata, kalau ikan tu ada 4 ekor, sorang akan dapat sebelah kerana ikan tu akan di belah dua, kalau di potong nanti ada yg tak puas hati sebab ada yang dapat kepala tapi tak dapat ekor yg dapat ekor pulak bising sebab tak depat kepala, so mak belah dua ikan tu..bijak jugak mak aku ni.Dan kami jarang makan sekeluarga terutama dengan Abah,live abah ni pelik sikit dia boleh di kategorikan workaholic orangnya, dan kami jarang bersama.
Aku juga ada buat kerja sampingan untuk duit saku aku, keja yg paling tak glamer bagi remaja yg sama usia cam aku ni. Biasanya awal pagi aku akan ke kedai Ah Hong, satu-satunya kedai yg ada kat kampung aku tu.Aku ambil upah jemur getah sekerap kat kedai tu, bau sekerap ni memang best, cam perfume Hugo Boss tu, sapa yg pernah menoreh getah tau ler bau sekerap ni camner...ehehheheh.
Habis keja aku di bayar tujuh puluh sen sekali job.Dah habis jemur sekerap tu aku balik umah bersiap utk pegi sekolah. Mula-mula aku sekolah kat Sek Men Alang Iskandar, Bagan Serai tapi sempat sekolah kat situ selama 6 bulan jer sebelum di pindahkan ke sekolah baru di Alor Pongsu.Kira aku 1st batch kat sekolah tu, bersama rakan-rakan yg masih aku ingat Zairul Hisham Harun, Itam Rosli Zabidi, Abu Samah Che Lah, Kurnain Hashim, Nazaruddin Ismail, Tordi Tahrin dan Norhayati Baharuddin, yang lain aku dah tak ingat dah...nanti aku citer zaman sekaloh dalam entry lain.

Berbalik kepada family aku, dalam keluarga aku, kami adik beradik tak begitu mesra, kami selalu bergaduh sesama sendiri, boleh dikatakan hari-hari mesti bergaduh tapi aku tak ingat apa punca kami bergaduh dan bertengkar.Mungkin didikan kami sebagai adik-beradik tidak di ajar berbaik semasa kecik.Tapi tu semua dah berlalu, dan sekarang aku adik beradik dah mesra sikit, diorang respek giler kat aku kalau aku balik kampung tu, mungkin kerana aku duduk jauh dari diorang kot.

Cukup ler takat ni utk entry kedua Kisah Aku..nanti aku citer lagi..

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

promosi1

Cerita Banjar

Cerita banjar...Kisah seorang lebai yang cakah

Kainik kisahnya, ada serongan lebai yg sarbannya ganal,kada suah pacul di kapala. 1 hari lebai ni tahaga sorang lelaki kekeruyuk,betakun lebai ni pd lalaki tu." Ikam handak ka mana,kekeruyuk kada karuan?Ujar lalaki tu: "Aku handak mencari tuhan". Lebai tu tatawa sampai tesambur liur mandangar jawapan lalaki tu. Ujar lebai yg cakah pd lalaki tu:" Ikam handak mancari tuhan, aku yg samayang sampai lakok batu basujud gin kada suah tahaga tuhan,amun ikam tahaga tuhan,takunkan tuhan, aku ni masuk syurga yg mana?". Lalaki yg wawangalan gin tarus kekeruyuk mencari tuhan. Akhirnya, tahaga lalaki tadi ustaz,memandirlah lalaki tu dangan ustaz. Dipadahi ustaz tu mcm2.Lalaki batakun pulang pd ustaz pasal lebai yg samayang sampai lakok batu sujud, masuk syurga mana?. Ujar ustaz: "lebai tu masuk neraka, pasal samayangnya kada ikhlas,suka di etih org."

*moral..jangan taksub sangat, kena ikhlas sepenuh hati.

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

promosi1

++Sibu Island Resort



Assignment tahun lepas, komersil shoot utk Sibu Island Resort.
Selama tiga hari aku berada di sana bersama Didiz, kami menghabiskan masa selama 3 hari utk shoot 3 mock-up room dan persekitaran pulau.Job pertama aku kat pulau utk diri aku sendiri. Bertugas atas nama Capturepixs ( Team aku bersama Ayares, Herizat dan Rushdi )Bangga bila gambar publish kat website diorang tu dan kat pamplet.

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

promosi1

++Kisah Aku - Episod 1

Kali ni aku nak citer pasal kehidupan aku masa dulu, ketika zaman sekolah dan zaman kanak-kanak yg masih aku ingat..

Aku dilahirkan di Kg Changkat Lobak, Bagan Serai , Perak.
live aku aku boleh di kategorikan dalam miskin tegar rasanya.
yang masih ingat..bapak aku ada basikal tua masa tu, tu lah basikal utk dia pg keja dgn mak aku.Yang aku ingat..bapak dan mak aku keja buruh kat ladang kelapa sawit masa tu..tp sebelum tu diorang keja "motong" getah jer..ni kira cam upgrade keja le kot..tp tu le yg aku ingat.Tak lama lepas tu bapak aku beli motor honda lampu bulat second hand,aku xpasti dia beli dgn siapa, tp rasanya dia hutang denagn tokey tempat keja dia tu. Plat motor tu aku masik ingat lagi PS1150, tu ler no plat nya. Dengan motor tu diorang keja ladang kelapa sawit yg agak jauh sikit dari rumah. Dan kadang-kadang aku balik sekolah rendah dapat lah naik tiga orang dgn diorang...bapak aku kat depan, aku tengah dan mak aku aku belakang...bangga kalau naik motor balik sekolah ni.

Selalunya aku naik "Bas Merah" balik sekolah, bas tu dari Syarikat The Red Omnibus, sampai sekarang bas ni masih ada, cuma bas dah baru dah, syarikat masih sama, kira lama gak diorang bisnes ni.Jarak rumah aku aku dari Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak tu dalam 2 batu jer, tambang sepolah sen jer masa tu.

Biasanya Bas Merah ni akan melalui kampung aku sehari 3 kali jer, pulkul 8 pagi, 12.30 tengahari dan petang sekitar pukul 5 petang, so kalau aku nk balik kena naik bas kol 12.30 tengahari tu, kalau tak aku kena tunggu sampai pukul 5 petang atau bapak aku kena jemput aku, selalunya kelas akan habis pukul 12.45, jadi cikgu benarkan siapa yg balik naik bas merah tu, boleh balik awal sikit, sebab cikgu pun dah lali dengan situasi ni.

Nama cikgu yg masih aku ingat, Cikgu Zainal Abidin, Cikgu Maini dan Ustaz Jamsari, yang lain aku dah xtak ingat dah.
Zaman kecil aku xder yg menarik pun, sama cam orang lain gak kat kampung tu, cuma aku lagi teruk dari diorang semua tu.


Tapi semua tu mengajar aku menjadi cekal dengan kehidupan yg penuh ranjau ni..nanti aku tulis lagi..nak refesh kepala otak aku dulu..

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

Saluddin Ismail. Get yours at bighugelabs.com/flickr

++Outdoor Portraiture Azura & Fahme



Portraiture sekitar taman rekreasi di Johor Bahru..x byk pilihan pun..so hanya ni yg dapat aku shoot utk slot diorang ni, walau cuaca panas melampau tp ku teruskan tugasan ini dgn jayanya.untuk Azura dan Fahme tq atas perlantikan aku sebagai fotog korang berdua..selamat ber'honeymoon' ke Hong Kong..lepas ni boleh ler korang bergembira kat sana..sampaikan salam aku kalau jumpa Jet Li kat sana...ekekeke


ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

promosi1

++Elly & Ezad



Ni kali kedua aku ke Felda Layang-layang, Simpang Renggam. Pertama kali jumpa Elly ketika hari pernikahan beliau di Pejabat Agama Kluang.

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

Saluddin Ismail. Get yours at bighugelabs.com/flickr

++Hadzrul & Dr. Habibah - Reception



Resepsi diadakan secara sederhana pada tengahari tersebut, diorang tak bersanding pun just makan beradap bersama keluarga. ni kira event paling simple pernah aku bertugas..

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

Saluddin Ismail. Get yours at bighugelabs.com/flickr

++Kenapa Pakej Saya Mahal

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 15,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

Artikel Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

Saluddin Ismail. Get yours at bighugelabs.com/flickr

++Hadzrul & Dr. Habibah


Majlis Pernikahan berlangsung di Masjid Temenggung Daeng Abd Rahman, Benut pada 14hb Mac yg lalu. Hadzrul bertugas di Kementerian Pertahanan Malaysia ( MINDEF ) utk unit tentera laut Malaysia dan Habibah merupakan Doktor di klinik Kerajaan Ayer Baloi, Pontian.

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

Saluddin Ismail. Get yours at bighugelabs.com/flickr

++Ika & Hasrul

Majlis pernikahan Zulieka bte Dato' Zulkipli dan Hasrul berlangsung di Masjid Jamek Pasir Gudang pada 2hb April 2009, mula-mula aku ingat si Asrul tu serius sangat ler...rupanya sama cam aku gak...dia minat gak fotografi ni,coz aku tengao dalam satu dulang hantaran tu ada kamera D60 + kit len.

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

Saluddin Ismail. Get yours at bighugelabs.com/flickr

++Mira in Ted Adnan Lighting Workshop




Aku datang sebagai tetamu tak di undang Ted Adnan ke lokasi bengkel yg diadakan...ekekekke.
Mira tu aku yg kenalkan kat Ted, so aku ni kira cam P.A utk mira ler...Mira ni aku kenal masa Search Model di Plaza Angsana sekita februari lepas. Dalam ramai-ramai peserta, aku nampak Mira ni ada talent.

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

Saluddin Ismail. Get yours at bighugelabs.com/flickr

++Shahirah & Fazrie


Assignment terakhir bulan mac 2009, di Kg Bagan Laut, Rengit Batu Pahat. Pengalaman aku yg paling best sepanjang 2 hari majlis, dan mungkin aku tak pernah jumpa kat tempat lain...menu makanan tanpa henti, punyer ler banyak menu diorang nih, mungkin adat orang bugis camtu kot, dari hari pertama aku datang, tengahari tu dijamu dgn asam pedas ikan parang + sayur labu + ikan kering + telur pindang kicap pastu pelbagai kuih yg aku tak pernah jumpa, selepas majlis nikah ptg tu makan lagi, oleh kerana black out tetiba, aku lari kejap ke Pantai Punggor layan sunset...sesi malam pun smaa gak, makan lagi kali ni kambing lak jadi menu best malam tu, bayangkan sepanjang 2 hari kat sana aku di asak dgn soalan ni..
asal jumpa mak Ira.."ko dah makan ke din?..
bapak Ira .."makan dulu ler din, dari tadi x makan tu."
makcik Ira.."tu dah makan ke belum tu, asik amik foto jer"
adik Ira.."abg din makan ler dulu, nanti sambung keja"
kendarat.."nak makan apa?nasi ayam, soto?...aku jawab..err xper ler kak, saya nk minum jer..
balik dari majlis tu, berat aku bertambah 2kg...perghhhh

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

Saluddin Ismail. Get yours at bighugelabs.com/flickr

++Islamic Marriage Procedure in Malaysia

Prosedur Pentadbiran Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk ini menggariskan peraturan-peraturan pentadbiran yang perlu diikuti oleh Ketua Pendaftar dan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk dalam melaksanakan Akta/Enakmen/ Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri mengenai perkahwinan, perceraian dan rujuk.
B. TAFSIRAN
Dalam Prosedur Pentadbiran ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang berlainan.
  1. ' Beristeri ' ertinya mempunyai isteri.
  2. ' Iddah ' ertinya tempoh menanti yang diwajibkan ke atas isteri yang diceraikan oleh suaminya, atau yang mati suaminya.
  3. ' Tempoh Bermastautin ' ertinya tinggal dalam sesuatu kawasan tertentu sekurang-kurangnya 90 hari atau mengikut budi bicara Pendaftar
  4. ' Teruna ' ertinya lelaki yang belum pernah berkahwin mengikut Hukum Syarak.
  5. ' Wali Mujbir ' ertinya bapa atau datuk lelaki sebelah bapa.
  6. ' Negeri' ertinya negeri-negeri di dalam Malaysia.
  7. ' Luar Negeri ' ertinya luar negara.
  8. ' Tempat Lain' ertinya di luar kariah masjid atau dalam mana-mana negeri.
C. PROSEDUR PENTADBIRAN PERKAHWINAN
  1. Kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu
    Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPl)
    Pendaftar Perkahwinan , Perceraian dan Rujuk hendaklah memastikan pasangan bagi warganegara Malaysia yang mengemukakan permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran berkahwin telah menghadiri dan memiliki Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI.
  2. Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin
      Pengesahan Permohonan Berkahwin
    1. Penolong Pendaftar hendaklah memastikan pemohon yang membuat permohonan kebenaran berkahwin adalah tinggal atau bermastautin di kawasan kariahnya.
    2. Penolong Pendaftar hendaklah memastikan permohonan untuk berkahwin menggunakan borang yang ditetapkan.
    3. Penolong Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan di isi dengan lengkap oleh pemohon
    4. Penolong Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan kebenaran berkahwin dilampirkan bersama dokumen-dokumen berkaitan seperti berikut:
      • Salinan Sijil Kelahiran.
      • Salinan Kad Pengenalan.
      • Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI
      • Surat akuan teruna yang dikeluarkan oleh majikannnya atau surat akuan sumpah teruna sekiranya beliau tidak mempunyai majikan jika pemohon seorang lelaki.
      • Surat perakuan cerai jika pemohon bercerai hidup.
      • Surat perakuan mati jika pemohon bercerai mati.
      • Surat akuan memeluk agama Islam jika saudara baru.
      • Surat kebenaran daripada Jabatan polis jika pemohon anggota polis.
      • Surat kebenaran dari angkatan Tentera jika pemohon anggota tentera.
    5. Setelah berpuashati Penolong Pendaftar hendaklah mengesahkan status pemohon di dalam ruang yang disediakan dalam borang permohonan perkahwinan berkenaan.
      Kebenaran Permohonan Berkahwin
    1. Pendaftar hendaklah menerima permohonan yang telah disahkan oleh penolong pendaftar kecuali bagi sub peraturan ( iii )
    2. Pendaftar hendaklah memastikan borang perkahwinan diterima selewatnya tujuh hari sebelum tarikh perkahwinan yang dicadangkan.
    3. Pendaftar boleh menerima borang permohonan perkahwinan bagi kes-kes tertentu.
    4. Setelah berpuashati Pendaftar hendaklah mengeluarkan kebenaran berkahwin melalui catatan dalam borang permohonan bagi perkahwinan dalam negeri. Manakala bagi permohonan perkahwinan luar negeri dan tempat lain dikeluarkan melalui surat kebenaran.
  3. Proses Permohonan Perkahwinan Yang Memerlukan Kebenaran Mahkamah
    1. Pendaftar hendaklah memastikan kes-kes berikut dirujuk kepada Mahkamah apabila:
      • Perempuan tidak mempunyai wali nasab atau wali enggan
      • Pasangan atau salah seorang kepada perkahwinan itu masih dibawah umur.
      • Perkahwinan itu secara poligami.
      • Perempuan yang bercerai dan belum disetubuhi oleh suami
        ( jika perkahwinan itu dalam tempoh iddah perceraian biasa )
    2. Pendaftar hendaklah menyemak permohonan tersebut sebelum dikemukakan ke Mahkamah.
    3. Setelah berpuas hati terhadap borang permohonan berkahwin dan dokumen-dokumen yang dilampirkan, Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat dan laporan kepada Pendaftar Mahkamah melalui pemohon.
    4. Pendaftar hendaklah menguruskan perkahwinan setelah mendapat kebenaran daripada Mahkamah.
    5. Tempoh Sah Kebenaran Berkahwin
      1. Pendaftar hendaklah mengeluarkan kebenaran kahwin bagi tempoh sembilan puluh ( 90 ) hari dari tarikh dikeluarkan.
      2. Pendaftar boleh dengan permohonan melanjutkan tempoh sah kebenaran berkahwin selama sembilan puluh ( 90 ) hari lagi bagi kes-kes tertentu.
      3. Pendaftar hendaklah memastikan bahawa kebenaran berkahwin lanjutan dibuat dalam tempoh empat belas ( 14 ) hari dari tarikh tamat kebenaran berkahwin kali pertama.
      4. Pendaftar hendaklah memastikan permohonan lanjutan kebenaran berkahwin dibuat di pejabat Pendaftar di mana kebenaran asal dikeluarkan.
      5. Pendaftar hanya boleh menerima permohonan kebenaran berkahwin yang baru setelah tamat tempoh lanjutan kebenaran berkahwin.
    6. Kebenaran Berkahwin Dengan Warga Asing
      1. Perkahwinan Warganegara Malaysia Dengan Warganegara Asing di Malaysia.
        1. Bagi perkahwinan warganegara asing dengan warganegara Malaysia, Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan berkahwin disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:
          • Salinan pasport yang sah.
          • Surat kebenaran dari kedutaan negara pemohon.
          • Surat keterangan dari Jabatan Imigresen Malaysia.
        2. Sekiranya warganegara asing adalah seorang wanita, Pendaftar hendaklah memastikan kehadiran walinya atau mendapat surat pengesahan wakalah wali dari pihak berkuasa agama negara pemohon.
      2. Perkahwinan Warganegara Malaysia Dengan Warganegara Asing di Luar Negeri.
        Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat kebenaran berkahwin bagi mana-mana permohonan perkahwinan yang akan dilangsungkan di luar negeri sama ada dengan warganegara asing atau sesama warganegara Malaysia
    7. Bayaran Surat Kebenaran Berkahwin
      1. Pendaftar hanya boleh mengeluarkan surat kebenaran berkahwin setelah pemohon menjelaskan bayaran yang telah ditetapkan.
      2. Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat rasmi bagi tiap-tiap bayaran yang diterima kepada pemohon.
    8. Akad Nikah
      1. Pendaftar hendaklah memastikan akad nikah dilangsungkan dalam kariah di mana perempuan itu tinggal atau bermastautin.
      2. Pendaftar boleh memberi kebenaran akad nikah dilangsungkan di tempat lain.
      3. Pendaftar hendaklah memastikan majlis akad nikah dilangsungkan oleh:
        • Wali di hadapan Pendaftar.
        • Wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar.
        • Pendaftar sendiri sebagai wakil wali.
        • Pendaftar sebagai Wali Raja ( Hakim ) bagi perempuan yang tidak ada wali nasab atau wali enggan.
    D. PROSEDUR PENDAFTARAN PERKAHWINAN
    1. Pendaftaran Perkahwinan Dalam Negeri
      1. Selepas upacara nikah Pendaftar hendaklah mendaftarkan perkahwinan tersebut dengan segera sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang yang sedia ada.
      2. Pendaftar hendaklah mengeluarkan Surat Akuan Nikah dalam tempoh tiga puluh ( 30 ) hari dari tarikh pendaftaran perkahwinan.
    2. Pendaftaran Perkahwinan Luar Negeri
      1. Pendaftar hendaklah memastikan bahawa permohonan pendaftaran bagi perkahwinan yang dilangsungkan di luar negeri hanya bagi perkahwinan yang tidak dibuat di Kedutaan atau oleh Pendaftar yang dilantik.
      2. Pendaftar hendaklah memastikan bahawa perkahwinan di luar negeri yang belum didaftarkan sahaja yang boleh didaftarkan.
      3. Pendaftar hendaklah memastikan setiap permohonan pendaftaran nikah mempunyai butir dan maklumat berikut:
        • Surat perakuan nikah luar negeri.
        • Atau apa-apa keterangan sama ada secara lisan atau tulisan yang boleh memuaskan hati Pendaftar sebelum perkahwinan berlaku.
        • Permohonan dibuat menggunakan borang yang ditetapkan yang ditandatangani oleh Pemohon sendiri.
      4. Pendaftar boleh mengecualikan pasangan suami/isteri untuk hadir di hadapannya dengan syarat ia berpuas hati mengenai maklumat berhubung dengan perkahwinan itu.
      5. Pendaftar hendaklah mencatatkan sebab-sebab pasangan suami isteri tidak hadir dalam daftar perkahwinan.
      6. Selepas mendaftar Pendaftar hendaklah dengan segera menyerah atau menghantar satu salinan pendaftaran nikah yang telah ditandatangani kepada pasangan suami isteri.
      7. Pendaftar juga dikehendaki menyerah satu salinan pendaftaran nikah kepada Ketua Pendaftar dalam tempoh yang ditetapkan supaya salinan tersebut dijilidkan dalam perkahwinan orang Islam di luar negeri.
    E. PROSEDUR PENDAFTARAN PERCERAIAN
    1. Pendaftar hendaklah menerima salinan keputusan pengesahan perceraian yang dikeluarkan oleh Mahkamah
    2. Pendaftar hendaklah menyemak salinan keputusan pengesahan perceraian tersebut. Jika terdapat kesilapan dikembalikan kepada pemohon untuk pembetulan di Mahkamah.
    3. Setelah berpuashati Ketua Pendaftar hendaklah menanda tangani Surat Perakuan Cerai.
    4. Pendaftar hanya boleh mengeluarkan Surat Perakuan Cerai setelah pemohon membuat pembayaran pendaftaran cerai
    5. Pendaftar hendaklah mengeluarkan Surat Perakuan Cerai dalam tempoh tiga puluh ( 30 ) hari dari tarikh pendaftaran perceraian.
    F. PROSEDUR PENDAFTARAN RUJUK
    1. Pendaftar sebelum menerima laporan atau cadangan suami isteri mengenai persetujuan rujuk hendaklah memastikan bahawa permohonan pengeahan cerai telah dihantar di Mahkamah.
    2. Sekiranya rujuk dilafazkan bukan di hadapan pendaftar, maka pendaftar hendaklah memastikan dan berpuashati ia dilakukan mengikut hukum syarak.
    3. Pendaftar hendaklah memastikan pemohon mengisi borang permohonan rujuk dengan lengkap.
    4. Pendaftar boleh mendengar lafaz untuk dilafazkan di hadapannya walaupun perceraian belum diputuskan oleh Mahkamah.
    5. Pendaftar hendaklah mengemukakan surat pengesahan rujuk sementara kepada pemohon.
    6. Pendaftar hanya boleh mendaftar rujuk setelah pemohon mengemukakan :
      1. Surat pengesahan cerai dari Mahkamah.
      2. Bayaran pendaftar rujuk.
      3. Sijil Perakuan cerai.
    7. Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat akuan rujuk dalam tempoh tiga puluh hari ( 30 ) hari dari tempoh permohonan rujuk serta selesai didaftarkan


- by PRO JAKIM [Najibah binti Abdul Mutalib]
Published on 3 March 2009


ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my


Saluddin Ismail. Get yours at bighugelabs.com/flickr

++YM Tuan Khamsani & Noor Azma


YM Tuan Khamsani bin Tuan Lega jiran aku rupanya, selang 2-3 lorong jer dari rumah aku..ni kira last minit gak hire aku.Sani merupakan tuan punya Restoran Anjung Petra kat Tmn Universiti, mengikut salasilah keluarga diorang ni merupakan kerabat dari kesultanan Kelantan, aku selalu makan tengahari kat sana, meriah betul majlis diorang ni..siap ada silat dan tomoi lagi. lama betul aku tak tengok silat camni kat majlis kawen.

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

Saluddin Ismail. Get yours at bighugelabs.com/flickr

First trip Bali Part 1


Ni antara bulan yg aku betul2 sendat dengan jadual wedding setiap minggu dan listing album yg melambak utk disiapkan, dalam sibuk aku ni, aku luangkan masa gak utk update blog ni...hujung march lepas aku berkesempatan ke Bali, dan ini merupakan trip pertama aku ke sana. sekadar berkongsi gambar ketika berada disana..aku selit 2-3 keping kat sini.
hari pertama, setibanya di lapangan terbang Denpasar tu, bermula aktiviti tanpa rehat kitorang. Pertama jumpa tour guide mas isme yg sporting giler, dan terus hantar kami ke hotel karthi inn..rehat sekejap pastu terus ke uluwatu utk kecak dance..sempat singgah kfc utk tapau makanan sambil makan dalam mpv mas isme ( gambar x sempat nk snap, sbb masing2 lapor giler)..

menu yg senang nk jumpa di bali..hati2 bila memilh makanan halal. dan aku konfius sepanjang di sana untuk mencari makanan halal kat bali. ada restoran tulis halal, tapi ada kuil dalam restoran tu..ada pula restoran halal parsi jual kebab, tp ada pelbagai wine dalam menu minuman mereka.

Hari ke-2 pengembaraan...bermula dari Tampak Siring, sebuah kuil lama bernama Tirta Impul, dimana sumber air suci bagi penganut hindu bali berpunca disini.ramai yg datang utk membersihkan jiwa dgn mandi dari sumber air di sini "The hallowed spring of Tirta Empul in Tampaksiring dates from legendary times. In popular folklore, it was made by lndra when he pierced the earth to create a spring of amerta, the elixir of immortality, with which he revived his forces who were poisoned by Mayadanawa"..


Dari situ kami ke Kintamani utk makan tengahari di Restoran Batur Sari, berlatar belakangkan gunung berapi Batur udara begitu sejuk dan nyaman.


Seterusnya distinasi terakhir adalah Tanah Lot, terletaknya kuil Pura yg terkenal di Bali. Sesi membeli belah sekitar gerai cenderahati adalah acara terkahir, sebelum bertolak balik ke K.L.

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

Saluddin Ismail. Get yours at bighugelabs.com/flickr