++Kisah Aku - Episod 2

Jika aku ingatkan semula zaman kecil dulu, kehidupan aku dulu dah banyak berubah berbanding sekarang ni. Kami 8 beradik semuanya, aku anak kedua dan aku ada 2 adik perempuan.Satu perkara yg aku masih ingat dan menjadi aktiviti mingguan aku bila cuti sekolah ialah mengail. Boleh dikatakan ni aktiviti wajib aku saban minggu .Masa ni aku baru tingkatan satu.

Mengail bukan kesukaan atau hobi sebenarnya, tp lebih kepada tugasan kerana itulah lauk yg aku akan makan bersama keluarga aku setiap hari.Biasanya aku mengail sekitar kampung aku tu jugak, aku panggil sungai 'beriai'( nama asal Sg. Beriah )sebab loghat utara kot beriah jadi beriai.Dulu sungai tu banyak ikan, ada baung, teruboi, bujuk dan macam-macam spesis ikan air tawar.
Tapi dalam banyak-banyak spesis ikan, aku lebih suka mengail baung berbanding ikan-ikan lain tp aku perlu pergi jauh sikit dari kampung aku tu, baung ni sedap kalau masak lemak cili padi..perghhh sedap beb...biasa nya aku dapat ikan cukup utk makan sekeluarga. kadang-kadang boleh cover utk dua-tiga hari.Lokasi aku mengail baung ni agak jauh dari rumah dan perlu melalui kebun getah serta hutan sikit, lupa dah nama tempat tu, kadang-kadang aku pergi sorang-sorang je kalau takde kawan.Berbekalkan cacing tanah serta ulat rumbia sebagai umpan, aku meredah semak dan paya utk ke lokasi.Tapi sebab dah biasa dengan hidup sebagai orang kampung ni, aku dah biasa hidup susah.
Waktu aku mengail dari pukul 2 petang sampai 7 petang, biasanya kol 7 ni cerah lagi dan waktu tu ler ikan rancak makan umpan, tapi apakan daya aku kena balik melalui kebun getah dan hutan yg gelap tu.Rasa seriau tu ada gak bila lalu hutan ni, pernah gak orang panggil nama aku, padahal aku sorang je masa tu..aku buat-buat tak tau jer..mak aku kata...JANGAN PEDULI!!

Masa makan malam yg aku ingat, Mak selalu bagikan lauk kat kami adik beradik sama rata, kalau ikan tu ada 4 ekor, sorang akan dapat sebelah kerana ikan tu akan di belah dua, kalau di potong nanti ada yg tak puas hati sebab ada yang dapat kepala tapi tak dapat ekor yg dapat ekor pulak bising sebab tak depat kepala, so mak belah dua ikan tu..bijak jugak mak aku ni.Dan kami jarang makan sekeluarga terutama dengan Abah,live abah ni pelik sikit dia boleh di kategorikan workaholic orangnya, dan kami jarang bersama.
Aku juga ada buat kerja sampingan untuk duit saku aku, keja yg paling tak glamer bagi remaja yg sama usia cam aku ni. Biasanya awal pagi aku akan ke kedai Ah Hong, satu-satunya kedai yg ada kat kampung aku tu.Aku ambil upah jemur getah sekerap kat kedai tu, bau sekerap ni memang best, cam perfume Hugo Boss tu, sapa yg pernah menoreh getah tau ler bau sekerap ni camner...ehehheheh.
Habis keja aku di bayar tujuh puluh sen sekali job.Dah habis jemur sekerap tu aku balik umah bersiap utk pegi sekolah. Mula-mula aku sekolah kat Sek Men Alang Iskandar, Bagan Serai tapi sempat sekolah kat situ selama 6 bulan jer sebelum di pindahkan ke sekolah baru di Alor Pongsu.Kira aku 1st batch kat sekolah tu, bersama rakan-rakan yg masih aku ingat Zairul Hisham Harun, Itam Rosli Zabidi, Abu Samah Che Lah, Kurnain Hashim, Nazaruddin Ismail, Tordi Tahrin dan Norhayati Baharuddin, yang lain aku dah tak ingat dah...nanti aku citer zaman sekaloh dalam entry lain.

Berbalik kepada family aku, dalam keluarga aku, kami adik beradik tak begitu mesra, kami selalu bergaduh sesama sendiri, boleh dikatakan hari-hari mesti bergaduh tapi aku tak ingat apa punca kami bergaduh dan bertengkar.Mungkin didikan kami sebagai adik-beradik tidak di ajar berbaik semasa kecik.Tapi tu semua dah berlalu, dan sekarang aku adik beradik dah mesra sikit, diorang respek giler kat aku kalau aku balik kampung tu, mungkin kerana aku duduk jauh dari diorang kot.

Cukup ler takat ni utk entry kedua Kisah Aku..nanti aku citer lagi..

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

promosi1

No comments:

Post a Comment