++Aku sendiri..

Bila hujung minggu kehidupan aku berubah secara otomatik, aku terpaksa bersendirian, sunyi, sepi , tanpa keluarga dan kawan..cuti sekolah dah bermula, sepatutnya waktu begini ramai parent akan bercuti bersama anak2 atau keluarga, tapi tidak untuk orang yang macam aku, masa begini menjadikan aku sibuk dengan assignment dan terpaksa berjauhan dengan keluarga aku..ntah dah berapa tahun aku tak bercuti bersama keluarga, tp inilah realiti hidup aku sebagai jurugambar kenduri kawen yg harus aku lalui..ini pilihan aku, dan aku memang dah bersedia dalam situasi ni.Dan ramai kawan2 fotog yg seangkatan dgn aku juga hadapi situasi begini, inilah pengorbanan seorang jurugambar kenduri kawen...try call kawan2 yg ada kat Kluang ni, tapi masing ada agenda dgn keluarga, so aku tak nak kacau diorang yg sedang bahagia bersama keluarga..


Sepanjang bulan Mei ini. hampir setiap minggu aku outstation, dan malam ini seperti biasa aku outstaion lagi..Johor Bahru - Kluang - Muar adalah destinasi aku sepanjang minggu ni..so malam ni aku layan rock jiwang sorang2 kat bilik hotel...sambil tengok bandar Kluang dari tingkat tujuh Hotel Anika...

sambil tulis blog, aku alas perut dgn makanan segera yg menyebabkan aku makin obesiti...wakkakakaka

cukup untuk malam ni...

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my
info.artcreative@yahoo.com

promosi1

++Faizura & Shahir++



Kali kedua aku ke Kluang untuk wedding assignment bulan ni, kali ni majlis pernikahan berlangsung di Masjid Jamek Kampung Melayu Kluang, dan majlis resepsi pula berlangsung di Dewan Sultan Ibrahim, Kluang.

Untuk assignment pertama, Majlis pernikahan telah selamat berlangsung petang tadi..Shahir dan Faizura kini dah jadi couple yg sah...
dan majlis pernikahan ni aku rasa yg paling lama dan betul2 ikut modul sakinah, pertama kali aku tengok pengantin pompuan kena solat sunat dan sujud syukur ketika majlis berlangsung..biasanya pengantin lelaki jer yg kena buat..
camne pun majlis diorang tetap happening ...dengan hadirnya pelakon2 tambahan ni yg terdiri dari adik2 Faizura..Emi, Intan, Yana & Athira ,rupanya semua adik beradik dia perempuan jer, sesi freestyle outdoor jadi meriah kat padang bola tu..thanks gurl your rawkkssss!!


ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my
info.artcreative@yahoo.com

promosi1

++Nasri & Shery++

Lama dah aku tak pegi area Gelang Patah ni, rasa dah dekat 5 tahun kot, tapi situasi tetap seperti dulu gak, kali ni majlis bertandang untuk Nasri dan Shery di Kg Tanjung Adang.kampung tu hanya tinggal 4 rumah sahaja termasuk rumah nasri, dan ini adalah majlis terakhir di buat di rumah tersebut sebelum mereka pindah dan di ambil alih oleh PTP.


dan ini juga kali pertama aku menjadi "driver" untuk client aku sendiri, terpaksa le aku drive keta pengantin..ekekkeke


petang tu aku sempat shoot outdoor sekitar jeti nelayan Tanjung Agas...



ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my
info.artcreative@yahoo.com

promosi1

++Ainie & Danie++

Assignment kali ni kat Bandar Putra, Kulai, pertama kali aku mendapat job kat area sana..walau dulunya aku pernah tinggal kat area kulai ni sebelum berpindah kat Skudai ni.Aku kena bertugas seawal pagi kerana majlis nikah bermula jam 8.30 pagi, pukul 7.30 aku dah sampai kat umah Ainie..

Mulanya aku ingat Ainie ni jenis pemalu, sekali brutal tahap gaban rupanya..wakakkaka
diorang request untuk shoot outdoor kat jalan ketapi n tepi tasik, walau sampai kat tasik tu dah nk senja, tapi sempat gak layan dengan aksi diorang ni..

Apa-apa pun aku doakan korang bahagia sampai ke syurga, tunggu full album korang siap yer..

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my
info.artcreative@yahoo.com

promosi1

++Aku dan Capturepixs

aku nak cerita tentang satu Team yg aku dan rakan2 tubuhkan iaitu Capturepixs.Ramai yang tanya kat aku pasal Capturepixs ni, so tujuan asal Capturepixs ditubuhkan adalah sebagai satu jenama dan TEAMWORK yg hebat dimana, kesemua fotografer yg berada di bawah Capturepixs bukan sekadar fotografer picasan, tetapi harus mempunyai yakin diri serta citarasa yg tinggi dalam seni fotografi.Aku adalah salah seorang yg terlibat dari awal penubuhan Capturepixs tu, pada asalnya bertujuan untuk menggabungkan antara ArtCreative, Fotokahwin, Ayares dan Ijat menjadi satu "Brand name" baru.Penggabungan ni tidak berjalan seperti yg di rancang kerana ada perkara yg tak dapat di elakkan.Walau begitu ArtCreative dan Fotokahwin tetap sebahagian dari Capturepixs, dan kami bekerjasama dalam semua perkara.

Capturepixs Studio ditubuhkan sekitar 2006 oleh sekumpulan anak muda ( aku memang muda pun ) dari Johor Bahru yang sudah lama aktif berfotografi dan berpengalaman dalam bidang fotografi. Ditubuhkan bagi mengembangkan lagi industri fotografi dan melebarkan sayap ke persada antarabangsa bagi meneruskan minat dalam bidang ini.

Capturepixs bukan sahaja berpengalaman dalam fotografi perkahwinan, tetapi turut berpengalaman dalam fotografi korporat, komersial, potraiture, studio dan lain2.


Jurufoto senior yang berpengalaman di Capturepixs terdiri dari :-

Izat - Senior Photographer / Manager
- seorang Town Planner yang mana sudah menceburi bidang fotografi bermula sejak tahun 2000, ketika zaman kamera filem dan beralih ke zaman kamera digital.
Mempunyai sense of humor yang tinggi dan seorang yang peramah.


Ayares - Senior Photographer / Marketing Manager
- bekas pelajar UTM dalam bidang Computer Science meminati fotografi sejak zaman sekolah.
Setelah bergelar graduan sekitar 2004 dan dapat memiliki DSLR sendiri, beliau mula menceburi bidang fotografi dan menjadikan fotografi sebagai kerjaya utama sehinggalah tertubuhnya Capturepixs.


Dean Stonehead - Senior Photographer / Lighting Director ( Ni aku ler )
- pengalaman lebih dari 12 tahun dalam bidang fotografi membuatkan beliau mendapat gelaran 'Sifu' dari mereka yang baru menceburi bidang fotografi. Hasil kritikan pedas beliau dalam setiap sesi kritik di Capturepixs menjadikan hasil setiap jurufoto makin menyerlah dan meningkatkan skill masing-masing. Mempunyai daya kreativiti dan 'art of seeing' yang tinggi.


Didiz - Senior Photographer / Art & Design Director
- jolokan 'Sifu Grafik' sudah tidak asing lagi. Sebut sahaja nama Didiz, ramai dikalangan jurufoto sudah mengenali beliau kerana memiliki bakat dalam olahan grafik. Pengalaman hampir 10 tahun dalam bidang graphic and design menjadikan titik tolak bagi beliau menjadikan fotografi sebagai satu sumber inspirasi dalam meneruskan minat dalam bidang grafik. Hasil grafik yang mantap menjadikan Capturepixs berbeza dari team jurufoto lain.


Fendy - Senior Photographer / Designer
- Sudah lebih 2 tahun, beliau menuntut ilmu dalam bidang fotografi dibawah bimbingan Capturepixs team dan kini beliau telah mahir dan mempunyai skill yang sama. Beliau seorang yang 'fast learner' dan dari junior kini sudah bergelar senior. Merupakan designer tetap di Capturepixs dan hasil design beliau menarik minat ramai bakal-bakal pengantin.




Capturepixs Studio
Professional Photographer for Professional Photography.

++Hasrul & Ika++

Kali ni majlis resepsi sebelah keluarga Hasrul pula di Taman Bakti Felda, Johor Bahru, tapi kali ni resepsi berlangsung 2 in 1...majlis ni di buat untuk Hasrul dan Isma ( adik Hasrul ).Seperti biasa Hasrul dan Ika memang happening dan sporting giler...banyak shoot menarik sepanjang majlis itu berlangsung, walau aku ketinggalan ketika majlis berarak hampir bermula, gara-gara tersalah jalan ketika keluar dari simpang Apertment Bukit Saujana tu dan kebetulan pulak semua traffic light kat area situ di tutup, dah satu hal aku kena pusing jauh, dan bila aku sampai pengantin dan kompang dah tunggu aku nak berarak...ekekkekeke..padahal aku yg keluar dulu..wkakakaka



Waalu hujan turun selepas waktu berarak, tapi itu semua tak menghalang aku untuk buat outdoor portraiture petang tu. Aku dibantu oleh Yon hari tu sebagai fotografer kedua aku.Masih kemaruk dengan teknik 3 strobe lighting aku apply kat portraiture petang tu..so layan sikit gambar dari aku yg tak seberapa best ni.

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my
info.artcreative@yahoo.com

++Aku dan 1001 malam..

Koleksi peribadi aku yg tak pernah di publish dimana-mana web atau forum di muka bumi ini.Walau aku hanya hadir sebagai jemputan untuk pihak Ekin masa tu, aku sempat gak meronda sekitar kawasan Hotel Palace of The Golden Horses waktu tu.Dan apa yg aku ingat tiada kawalan ketat dari pihak Astro dan aku bebas bergerak..ekekekke
Asalnya aku malas ni shoot, coz aku tak dapat pas untuk cover resepsi tu dari pihak Astro, tapi bila tengok suasana meriah rasa rugi lak kalau tak shoot masa tu.Kebetulan aku memang dah standby kamera satu beg..





Bagi tetamu yang hadir di khemah putih gergasi, Le Marquee yang letaknya di laman tasik hotel itu, majlis resepsi malam tu memang sungguh memukau. Ibarat seorang pemerintah Arab yang duduk di singgahsana bersama puteri nan jelita, Mawi dan Ekin selamat disandingkan dalam suasana Hikayat 1001 malam.

Acara itu turut terselit epik drama menarik tatkala Ekin tiba dari arah tasik dan berlabuh di jeti. Sekumpulan lelaki yang berkuda tiba-tiba datang menyerang untuk melarikan Puteri Ekin. Namun tanpa berlengah, Putera Mawi terus ke depan menyelamatkan wanita idaman hatinya dan mereka dibawa menaiki sebuah kereta kuda yang dipacu oleh seekor kuda putih bernama Unicorn, menuju ke singgahsana.

Di perkarangan Le' Marquee, suasana kelihatan seperti taman istana apabila kelihatan 'rakyat jelata' menonjolkan beberapa permainan ala gipsi dan sarkis. Ada yang membawa ular sawa, ada yang menyembur api dari mulut dan melakukan aksi akrobatik.Aku sempat shoot Heliza bermain ular sawa bersama Zila.

Majlis yang bermakna dibuka dengan bacaan doa selamat oleh vokalis utama kumpulan Rabbani iaitu Ustaz Asri. Kemudian barulah acara merenjis oleh tetamu diraja dan wakil kenamaan dilangsungkan.

Seterusnya, ketika pengantin makan beradab, rakan-rakan artis Akademi Fantasia (AF) dan artis terkenal tampil membuat persembahan iaitu Anita Sarawak, Yassin, Zahid, Felix, Idayu, Akma, Amylea, Marsha, Eliza dan Ekin.

Apa yang menarik, ketika Akma, Amylea, Marsha, Idayu dan Ekin menyanyikan lagu Cinta Di Akhir Garisan, tiba-tiba muzik latar terhenti tetapi mereka tetap meneruskan persembahan secara acapella dengan bersahaja dan hebat sekali.

Majlis malam tu diakhiri dengan persembahan fesyen daripada sekumpulan model. Majlis yang gemilang tu turut ke udara secara langsung menerusi Astro Ria (Saluran 104).

Acara dihoskan oleh Jimmy Shanley, Dira & Cham sebagai hos karpet merah, Farah & Reza AF (pengacara siaran TV), Dang Suria & Akhtar Sahari (pengacara majlis) serta Hj Aznil Hj Nawawi (pengacara upacara merenjis).

Ramai sekali rakan artis hadir antaranya Bekas Pengetua AF - Freddie Fernandez, Ramli MS, Ramli Sarip, Roslan Aziz - serta Marlia Musa, KRU, Ning Baizura, Sazzy Falak, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Iqram Dinzly, Fouziah Gous, Roslan Shah, Ifa Raziah, Cat Farish, Corrie Abdullah, Aidit Alfian, Tam Spider, Ajai, Azwan Ali, Akhil Hayy, Linda Onn , Aziz M Osman, Salih Yaacob, Mamat Khalid, Fiz Fairuz serta Ina Naim & suaminya, Suhaimi.

Antara tetamu kehormat yang hadir pula adalah YTM Tunku Bendahara Kedah, Dato' Seri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah & isteri, YAB Toh Puan Bendahara Kedah Noorsuzanna Abdullah; Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar, serta Pengerusi Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd, Tun Dato' Seri Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim & isteri, Toh Puan Datin Seri Mazni Mohd Nor.

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my
info.artcreative@yahoo.com

promosi1

++Akhirnya...

Setelah menanti sekian lama, akhirnya saat yg di tunggu-tunggu muncul jugak, bila satu call aku terima petang tadi..."Din, Mawi nk jumpa kau malam ni pukul 9 malam kat LC Katering, ni utk acara penyerahan album kawen diorang tu, aku dah aturkan makan malam dgn Mawi untuk kau satu family".. Terkejut gak aku pada mulanya, last minit temu janji ni, oleh kerana aku ada job siang tu kat Dewan tabung Haji dan outdoor pulak petang tu, so aku kena habiskan cepat job aku tu, tapi sempat gak TT dgn dua orang videografer Zul & Faizal dari CST.





Acara penyerahan album tu kira meriah gak bilamana makan malam tu di taja oleh LC Katering, dan ada sambutan hari ibu untuk keluarga Ekin. Anak-anak aku mewakili aku dalam penyerahan album tu, Tasha, Shafiq, Shahir dan Eisya bagi satu album sorang untuk Ekin dan Mawi..kira simbolik ler.Peluang bertemu Mawi dan Ekin tak dilepaskan dgn sia-sia oleh anak-anak aku tu, masing-masing minta autograf dan bergambar, budak-budak ler katakan..aku turut menjemput Ayares dan Yon, dua rakan fotografer yg membantu aku ketika majlis persandingan Ekin dan Mawi dulu.

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my
info.artcreative@yahoo.com

promosi1

++Aku Di Awan Biru

Melayan jiwa di awan biru pasti sesuatu yg membuat sesiapa saje teruja untuk merasai detik tersebut.Kini Johor Bahru menjadi lokasi kedua untuk Search mengadakan Konsert Penghargaan Di Awan Biru dan aku rasa ini satu penghargaan besar buat Johor Bahru kerana di sini lahirnya irama Rock n Roll dari Search..yang pastinya ini lah konsert jelajah terakhir untuk Search....Aku bersama isteri dan anak-anak aku menjadi antara ribuan penonton yg hadir di konsert tersebut.
Search masih bertenaga dengan anggota asal mereka, cuma persembahan Amy lebih santai kali ni, tapi kebingitan irama yg mereka hasilkan tetap sama seperti 27 tahun yg lalu.

“Terharu dan selebihnya agak sedih mengenangkan Konsert Di Awan Biru adalah konsert selamat tinggal dan terakhir kami. Search selama lebih 25 tahun bergelar anak seni,” ujarnya selepas terdiam seketika dalam hilai tawa ceria hadirin yang turut serta meraikan usaha menganjurkan konsert bersejarah itu.

“Penjelajahan ini agak emosi bagi kami, bayangkan saja kali terakhir Search mengadakan konsert dalam skala yang besar adalah Konsert Rock Search Revolusi di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 2004,” tambahnya lagi yang akan bergerak ke destinasi kedua iaitu negeri kelahirannya sendiri bertempat di Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru semalam.

“Apa yang pasti, saya terlalu berharap peminat yang selama ini mengakui kenal dan meminati Search untuk meluangkan masa beramai-ramai, pilihlah destinasi dan lokasi mana yang tidak menyusahkan dan memudahkan anda kerana kami akan berada di 11 lokasi di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya yang menjanjikan satu persembahan berbaloi untuk disimpan sebagai kenangan paling indah.

Luah Amy lagi, sudah cukuplah masyarakat dihidangkan konsert percuma kerana jujurnya amalan begini tidak akan membawa industri muzik ke mana.

“Kami berharap sangat konsert bergerak terakhir kami ini akan menjadi pencetus era baru dalam industri muzik tanah air yang tenat ketika ini,” katanya lagi yang mendendangkan seleksi 18 hingga 20 lagu di setiap lokasi persembahan mereka.

*petikan dari Berita Harian.

Jadual Konsert Penghargaan Search di Awan Biru 2009

# 2 Mei 2009 : Tapak Expo, Seberang Jaya, Pulau Pinang
# 9 Meiy 2009 : Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru
# 16 Mei 2009:Stadium Mini Jengka, Pahang
# 22 Mei 2009: Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu
# 29 Mei 2009: Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah
# 5 Jun 2009 : Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, Kelantan
# 27 Jun 2009 : Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak
# 4 Julai 2009 : Stadium Tertutup Miri, Sarawak
# 11 Julai 2009 : Kompleks Sukan Sandakan, Sabah
# 18 Julai 2009 : Kompleks Sukan Tawau, Sabah
# 1 Ogos 2009 : Stadium Nasional Bukit Jalil, Selangor.




Walau sedikit kecewa dengan kawalan yg begitu ketat, dan semua tidak dibenarkan langsung membawa kamera kecuali yg memakai pas media..aku akur dengan rule yg mereka beri...

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my
info.artcreative@yahoo.com

promosi1

++Santai bersama Adhadi

Aku betolak dari jb seawal 12.00 malam 6hb May dengan bas express, dan sepanjang perjalanan aku tido jer dan tersedar bila dah sampai Puduraya pukul 5.30, terus cari 7-Eleven beli air, pastu pegi LRT dan Komuter utk ke Subang Jaya.7.30 aku dah terpacak sorang-sorang kat Subang Jaya, layan nescafe secawan dan mee hoon goreng kat bawah pokok belakang Carrefour Subang Jaya sementara menunggu adhadi dan bebarapa orang yg ikut xpdc santai ni...perjalanan ke Cherating tu x banyak perkara menarik selain layan berbual dengan Jaggat dan bebarapa peserta dalam van....dan yang pastinya...penat dan bahang cuaca panas pantai timur masih terasa sampai waktu ni....dan banyak cerita-cerita menarik sepanjang 2 hari kat sana, antaranya :-

• Dapat bilik 5 star percuma
• TT bersama rodong-rodong Kuantan
• BBQ tepi laut
• Tutorial strobe lighting bersama aku, Adhadi dan Jaggat.
• Dompet aku hilang
• Tido tepi highway

dan terima kasih kepada meraka yg join tu utk aktiviti santai ni dan sudi share ilmu dgn aku..

1. Kamal Zharif
2. Optilicious
3. Shahlan
4. Hasram
5. Sitizya
6. Lin
7. Hakim Salleh
8. Rahmat




ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my
info.artcreative@yahoo.com

promosi1

++Azlina & Harizan




Assignment pertama selesai minggu lepas, bermula dengan majlis pertunangan dan di susuri 30 minit kemudian dengan majlis akad nikah. Azlina dan Harizan selamat di ijab kabulkan menjadi suami-isteri. Majlis resepsi pernikahan diadakan dirumah keluarga Azlina di Taman Seri Kluang, Kluang Johor selepas selesai upacara akad nikah di jalankan, seterusnya majlis bersambung di Prime City Hotel ,Kluang untuk resepsi persandingan pada sebelah malam nya pula.

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my
info.artcreative@yahoo.com

promosi1

++Musim Kawen dan Aku..



Rutin mingguan dah bermula dan aku kembali sibuk pada hari-hari biasa dengan jadual menyiapkan album kawen client aku. PC yg aku gunakan sekarang masih x cukup power utk editing aku, walau spec dah kira tahap hebat tapi aku masih tak puas hati...bukan tak nak guna i-mac tapi jiwa aku tak sesuai dengan mac kot, aku dah beli mac tapi pakai sebulan jer sebab aku lebih suka yg easy-used.
Berbalik kepada editing ni, PC aku yg sebijik tu, masih dalam workshop bila "Mak Papan" kena sambar petir lebih sebulan yg sudah, masih menunggu PC power tu utk claim warranty , tapi sampai sekarang tak siap-siap. Jadi terpaksa ler setup sebijik lagi yg kurang power sikit buat sementara waktu ni.
Bermula wedding kali ni, aku lebih suka bermain lighting dalam pengolahan imej yg aku buat..walau setting melecehkan, tapi aku suka dgn output yg aku dapat.. sekadar berpuas hati dengan permainan 3 biji speedlight yg membantu aku mendapatkan creative lighting yg menarik, aku akan cuba mencari kelaianan walau semua orang boleh buat camtu..so aku preview sikit hasil yg tak seberapa ni..layanzzzzz..!!


ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my
info.artcreative@yahoo.com

promosi1

++Wedding kembali lagi...

Bermula minggu ni. kesibukan wedding assignment kembali memenuhi jadual mingguan aku.Bermula esok di Kluang dan minggu-minggu berikutnya di Gelang Patah, Muar, Johor Bahru dan Kulai dan beberapa tempat yg aku belum pernah sampai sepanjang riwayat aku.
Untuk sepanjang bulan May ini, aku akan hadir bersama idea-idea fresh aku, dan aku menjanjikan kelaianan dalam assignment kali ni,antaranya aku akan implement penggunaan 3 Strobe lighting dalam outdoor & night portraiture, untuk impak yg lebih menarik.Untuk pasangan di bawah ni, bersedia akan kehadiran aku yg akan meng"havoc"kan majlis anda nanti...kekeke

• Azlina Osman & Harizan Razali - Assignment Selesai..
• Mohd Nasri Md Shah & Rusmand Shery Luzy Mohamad
• Nur Dani Ehsan Abdullah & Mohaini Mohamudiah
• Khadijah Poh Yuan Yoong & Mohd Radzi Abdul Razak
• Nor Faizura Zulkifli & Ahmad Shahir Suden
• Rubiah Mohd Dayaon & Mohd Alizar Sulaiman
• Hasrul & Zulieka
• Faezah & Nadza


ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my
info.artcreative@yahoo.com

promosi1