++Aku dan 1001 malam..

Koleksi peribadi aku yg tak pernah di publish dimana-mana web atau forum di muka bumi ini.Walau aku hanya hadir sebagai jemputan untuk pihak Ekin masa tu, aku sempat gak meronda sekitar kawasan Hotel Palace of The Golden Horses waktu tu.Dan apa yg aku ingat tiada kawalan ketat dari pihak Astro dan aku bebas bergerak..ekekekke
Asalnya aku malas ni shoot, coz aku tak dapat pas untuk cover resepsi tu dari pihak Astro, tapi bila tengok suasana meriah rasa rugi lak kalau tak shoot masa tu.Kebetulan aku memang dah standby kamera satu beg..





Bagi tetamu yang hadir di khemah putih gergasi, Le Marquee yang letaknya di laman tasik hotel itu, majlis resepsi malam tu memang sungguh memukau. Ibarat seorang pemerintah Arab yang duduk di singgahsana bersama puteri nan jelita, Mawi dan Ekin selamat disandingkan dalam suasana Hikayat 1001 malam.

Acara itu turut terselit epik drama menarik tatkala Ekin tiba dari arah tasik dan berlabuh di jeti. Sekumpulan lelaki yang berkuda tiba-tiba datang menyerang untuk melarikan Puteri Ekin. Namun tanpa berlengah, Putera Mawi terus ke depan menyelamatkan wanita idaman hatinya dan mereka dibawa menaiki sebuah kereta kuda yang dipacu oleh seekor kuda putih bernama Unicorn, menuju ke singgahsana.

Di perkarangan Le' Marquee, suasana kelihatan seperti taman istana apabila kelihatan 'rakyat jelata' menonjolkan beberapa permainan ala gipsi dan sarkis. Ada yang membawa ular sawa, ada yang menyembur api dari mulut dan melakukan aksi akrobatik.Aku sempat shoot Heliza bermain ular sawa bersama Zila.

Majlis yang bermakna dibuka dengan bacaan doa selamat oleh vokalis utama kumpulan Rabbani iaitu Ustaz Asri. Kemudian barulah acara merenjis oleh tetamu diraja dan wakil kenamaan dilangsungkan.

Seterusnya, ketika pengantin makan beradab, rakan-rakan artis Akademi Fantasia (AF) dan artis terkenal tampil membuat persembahan iaitu Anita Sarawak, Yassin, Zahid, Felix, Idayu, Akma, Amylea, Marsha, Eliza dan Ekin.

Apa yang menarik, ketika Akma, Amylea, Marsha, Idayu dan Ekin menyanyikan lagu Cinta Di Akhir Garisan, tiba-tiba muzik latar terhenti tetapi mereka tetap meneruskan persembahan secara acapella dengan bersahaja dan hebat sekali.

Majlis malam tu diakhiri dengan persembahan fesyen daripada sekumpulan model. Majlis yang gemilang tu turut ke udara secara langsung menerusi Astro Ria (Saluran 104).

Acara dihoskan oleh Jimmy Shanley, Dira & Cham sebagai hos karpet merah, Farah & Reza AF (pengacara siaran TV), Dang Suria & Akhtar Sahari (pengacara majlis) serta Hj Aznil Hj Nawawi (pengacara upacara merenjis).

Ramai sekali rakan artis hadir antaranya Bekas Pengetua AF - Freddie Fernandez, Ramli MS, Ramli Sarip, Roslan Aziz - serta Marlia Musa, KRU, Ning Baizura, Sazzy Falak, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Iqram Dinzly, Fouziah Gous, Roslan Shah, Ifa Raziah, Cat Farish, Corrie Abdullah, Aidit Alfian, Tam Spider, Ajai, Azwan Ali, Akhil Hayy, Linda Onn , Aziz M Osman, Salih Yaacob, Mamat Khalid, Fiz Fairuz serta Ina Naim & suaminya, Suhaimi.

Antara tetamu kehormat yang hadir pula adalah YTM Tunku Bendahara Kedah, Dato' Seri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah & isteri, YAB Toh Puan Bendahara Kedah Noorsuzanna Abdullah; Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar, serta Pengerusi Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd, Tun Dato' Seri Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim & isteri, Toh Puan Datin Seri Mazni Mohd Nor.

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my
info.artcreative@yahoo.com

promosi1

No comments:

Post a Comment