++Aku Di Awan Biru

Melayan jiwa di awan biru pasti sesuatu yg membuat sesiapa saje teruja untuk merasai detik tersebut.Kini Johor Bahru menjadi lokasi kedua untuk Search mengadakan Konsert Penghargaan Di Awan Biru dan aku rasa ini satu penghargaan besar buat Johor Bahru kerana di sini lahirnya irama Rock n Roll dari Search..yang pastinya ini lah konsert jelajah terakhir untuk Search....Aku bersama isteri dan anak-anak aku menjadi antara ribuan penonton yg hadir di konsert tersebut.
Search masih bertenaga dengan anggota asal mereka, cuma persembahan Amy lebih santai kali ni, tapi kebingitan irama yg mereka hasilkan tetap sama seperti 27 tahun yg lalu.

“Terharu dan selebihnya agak sedih mengenangkan Konsert Di Awan Biru adalah konsert selamat tinggal dan terakhir kami. Search selama lebih 25 tahun bergelar anak seni,” ujarnya selepas terdiam seketika dalam hilai tawa ceria hadirin yang turut serta meraikan usaha menganjurkan konsert bersejarah itu.

“Penjelajahan ini agak emosi bagi kami, bayangkan saja kali terakhir Search mengadakan konsert dalam skala yang besar adalah Konsert Rock Search Revolusi di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 2004,” tambahnya lagi yang akan bergerak ke destinasi kedua iaitu negeri kelahirannya sendiri bertempat di Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru semalam.

“Apa yang pasti, saya terlalu berharap peminat yang selama ini mengakui kenal dan meminati Search untuk meluangkan masa beramai-ramai, pilihlah destinasi dan lokasi mana yang tidak menyusahkan dan memudahkan anda kerana kami akan berada di 11 lokasi di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya yang menjanjikan satu persembahan berbaloi untuk disimpan sebagai kenangan paling indah.

Luah Amy lagi, sudah cukuplah masyarakat dihidangkan konsert percuma kerana jujurnya amalan begini tidak akan membawa industri muzik ke mana.

“Kami berharap sangat konsert bergerak terakhir kami ini akan menjadi pencetus era baru dalam industri muzik tanah air yang tenat ketika ini,” katanya lagi yang mendendangkan seleksi 18 hingga 20 lagu di setiap lokasi persembahan mereka.

*petikan dari Berita Harian.

Jadual Konsert Penghargaan Search di Awan Biru 2009

# 2 Mei 2009 : Tapak Expo, Seberang Jaya, Pulau Pinang
# 9 Meiy 2009 : Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru
# 16 Mei 2009:Stadium Mini Jengka, Pahang
# 22 Mei 2009: Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu
# 29 Mei 2009: Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah
# 5 Jun 2009 : Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, Kelantan
# 27 Jun 2009 : Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak
# 4 Julai 2009 : Stadium Tertutup Miri, Sarawak
# 11 Julai 2009 : Kompleks Sukan Sandakan, Sabah
# 18 Julai 2009 : Kompleks Sukan Tawau, Sabah
# 1 Ogos 2009 : Stadium Nasional Bukit Jalil, Selangor.




Walau sedikit kecewa dengan kawalan yg begitu ketat, dan semua tidak dibenarkan langsung membawa kamera kecuali yg memakai pas media..aku akur dengan rule yg mereka beri...

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my
info.artcreative@yahoo.com

promosi1

2 comments:

  1. mcm mana ko seludup masuk???

    ReplyDelete
  2. aku pakai ilmu pukau...ekekkeke

    ReplyDelete