++Asue & Apek++

Outdoor Portraiture sekitar belukar belakang rumah..ekekeke, gambar sekitar majlis akan aku upload kemudian, layan versi outdoor dulu..
Walau dapat shoot sekejap jer, coz hujan turun dgn lebatnya petang tu..tp memang enjoy layan Sue & Apek sepanjang majlis resepsi diorang berlangsung..Tahniah utk mereka berdua, agar jadi bahagia selamanya..

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my
info.artcreative@yahoo.com


promosi2

++Diana & Zul Hazran++



Night Outdoor di KLCC ketika majlis resepsi Diana & Zul pada 11 July 2009, di Dewan Besar Tun Rahah. Ni kira outing aku paling meriah bersama Herizat dan Hakim Salleh yg sanggup tagged dgn aku, dari pukul 10 pagi hingga 9 malam walau diorang dok jauh tapi sanggup buang masa dengan ku pada hari tu..tq guys u all mmg best kerana berjaya dalam ujian stamina..ekekeke.
juga untuk semua kawan2 Diana yg follow aku sehingga habis sesi outdoor ni..korang mmg rawwkkk!!

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my
info.artcreative@yahoo.com


promosi2
promosi copy

++Portraiture of Fyra ++


Selesai wedding Diana & Zul Hazran di KL pada 12 july lepas, aku terus berlepas balik ke JB dgn Air Asia utk join kengkawan outing kat Sagil,Air Hitam. Sampai di JB sekitar 9.15 pagi terus drive ke Air Hitam pula.Ini hanya Sekadar berkongsi hasil gambar aku dalam keadaan aku masih kepenatan...ekekeke
Outing selesai sekitar jam 6.30 ptg, layan TT jap dgn member dari Batu Pahat...sampai umah sekitar kol 10 lebih...

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my
info.artcreative@yahoo.com

promosi copy

++APM dan Tragedi++

Saat akhir pembatalan aku bersama kolibrasi kawan-kawan yg lain untuk Anugerah Planet Muzik 2009 di Jakarta, ada hikmahnya.Setelah perbincangan dengan semua pihak termasuk organizer dan sponsor menemui jalan buntu, kami mengambil keputusan menarik diri dari majlis tersebut, walau tiket penerbangan pergi dan balik telah di beli.
Dan berita pagi tadi mengejutkan aku dan semua kawan-kawan aku yg lain..

"JAKARTA, Indonesia – Suicide bombers posing as guests attacked American luxury hotels in Indonesia's capital and set off a pair of blasts Friday that killed eight people and wounded more than 50, authorities said.

The bombings, which came two minutes apart, ended a four-year lull in terror attacks in the world's most populous Muslim nation. At least eight Americans were among the wounded.

The blasts at the high-rise J.W. Marriott and Ritz-Carlton hotels, located side-by-side in an upscale business district in Jakarta, blew out windows and scattered debris and glass across the street, kicking up a thick plume of smoke. An Associated Press reporter saw bodies being carried away in police trucks.

The attackers evaded hotel security, smuggling explosives into the Marriott and assembling the bombs in a room on the 18th floor, where an undetonated device was found after the explosions. The bombers had stayed at the hotel for two days and set off the blasts in restaurants at both hotels."

Kedua-dua hotel tersebut antara hotel yg berada dlm listing penginapan kami sepanjang berada di sana.Dan jika mengikut perancangan awal kami memang akan sampai pagi dan terus check in di hotel tersebut, dan jika kami ke sana waktu serangan tersebut berlaku betul-betul ketika kami sedang bersarapan.Mungkin inilah hikmahnya bila pembatalan kami ke sana di saat-saat akhir.

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my
info.artcreative@yahoo.com

promosi copy

++Hairey & Noorliza++


Assignment kedua aku siapkan pada hari ini...Resepsi Hairey dan Noorliza berlangsung di Batu Pahat, Johor di rumah pihak lelaki. Hairey aku rasa lelaki yg paling terer possing pernah aku jumpa...ekekkeke!
Semoga Hairey dan Noorliza kekal bahagia sampai syurga Allah hendaknya, layan sneak preview outdoor portraiture diorang ni..

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my
info.artcreative@yahoo.com

promosi copy

++Yani & Ezan - Resepsi Persandingan++



Aku baru selesaikan satu album assignment untuk awal jun yg lepas, ni majlis pada 6 Jun 2009 di Kota Tinggi..Yani ni seorang yg happening dan rajin bercakap, rupanya dia ni lawyer..ekekeke
Majlis pernikahan di buat di sebelah pagi dan di sambung dgn majlis resepsi tengahari tu..bertemakan warna putih, Yani dan Ezan memang menyerlah...awesome!!
Sesi outdoor aku adakan sekitar tepi sungai bandar Kota Tinggi, selepas selesai majlis persandingan dirumah...

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my
info.artcreative@yahoo.com

++APM 2009++

APM datang lagi utk sesi 2009 dan buat julung-julung kalinya Anugerah Planet Muzik (APM) yang menggabungkan tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia akan diadakan di Jakarta, Indonesia. Acara yang dinanti-nantikan oleh peminat muzik serantau ini akan berlangsung pada 18 Julai depan. Pengumuman ini telah dibuat dalam satu sidang media yang diadakan di Delicious Cafe, Dua Residency, Jalan Tun Razak pagi tadi.

Ini merupakan penganjuran kali ke-9 APM setelah diperkenalkan pada tahun 2000. Seperti tahun-tahun terdahulu, APM 2009 sekali lagi mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada Music Award Foundation (YAMI) Singapura dan Sound Recording Industry Association of Indonesia (ASIRI).

Sebanyak 18 kategori akan dipertandingkan pada APM 2009 nanti, di mana sembilan daripadanya di bawah Kategori Terbaik, tujuh di bawah Kategori Paling Popular dan dua untuk Kategori Khas.

Antara anugerah yang akan dipertandingkan ialah Persembahan Vokal dalam Lagu Terbaik (Artis Baru Lelaki dan Wanita), Artis Wanita Terbaik, Album Terbaik, Lagu Terbaik, Duo/Kumpulan Terbaik dan Kolaborasi Terbaik dalam Lagu.

Kumpulan Hujan mendominasi pencalonan daripada Malaysia dengan enam pencalonan di dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Duo/ Kumpulan Baru Terbaik), Duo/Kumpulan Terbaik, Lagu Terbaik, Album Terbaik, Artis Malaysia Terbaik dan Artis Serantau Paling Popular (Malaysia).

Aizat menduduki tempat kedua dengan empat pencalonan. Manakala, Datuk Siti Nurhaliza di tempat ketiga dengan tiga pencalonan. Bagaimanapun, untuk tahun ini tiada pertembungan di antara Siti dengan sahabat baik, Krisdayanti kerana Kris tidak mendapat sebarang pencalonan kategori. Lain-lain artis yang turut mendapat pencalonan ialah Faizal Tahir, Meet Uncle Hussein, Stacy, Nubhan, Yuna, Ayu OIAM, Reshmonu, Misha Omar, Nikki, Joe Flizzow dan Malique.

Beralih kepada artis Indonesia pula, pendatang baru, Afghan mendapat pencalonan terbanyak dengan enam pencalonan yang terdiri daripada Persembahan Vokal dalam Lagu Terbaik (Artis Baru Lelaki), Artis Lelaki Terbaik, Album Terbaik, Lagu Terbaik, Artis Indonesia Terbaik dan Artis Serantau Paling Popular.

Isteri kepada pelakon Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari pula berjaya mendapat dua pencalonan bagi kategori Artis Wanita Terbaik di samping rakan senegaranya Mulan Jameela dan Artis Indonesia Paling Popular. Kumpulan ST 12 yang popular dengan lagu “Puspa” mendapat empat pencalonan.

Untuk artis Singapura pula, Taufik Batisah dan Hardy Mirza masih mendominasi pencalonan daripada Kota Singa tersebut. Taufik mendapat lima pencalonan dan Hardy Mirza mendapat tiga pencalonan. Perkara ini memang sudah dijangka kerana kedua-dua penyanyi yang lahir daripada program realiti ini mempunyai peminat fanatik yang cukup ramai di sana.

APM 2009 yang dianjurkan oleh Media Corp Radio dan Beyond Events Sdn Bhd ini akan disiarkan di saluran Astro untuk penonton Malaysia, saluran SURIA untuk penonton di Singapura dan Global TV untuk penonton di Indonesia. Waktu siarannya ialah jam 9 malam untuk Malaysia dan Singapura dan 8 malam di Indonesia.

Jika tahun lepas aku ke Kuala Lumpur, dan tahun ni mungkin aku terbang ke Jakarta jika berkesempatan...ekekeke

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my
info.artcreative@yahoo.com

promosi copy