Kisah Seorang Kawan...

Terbaca satu atikel yg member aku tulis...

Satu Sen Pun Dia Tak Mau

Siapa Saluddin Ismail? Sebenarnya salah seorang kawan aku jugak. Orang panggil dia Din jer. Masa baru baru aku nak belajar fotografi (bukan video tau, lama dah ni), Yus (mamat power tapi low profile) lah yang kenalkan aku kat dia, beserta Ayares & Lanrasso, kat Taman Universiti. Lepas tu, kami terus berkawan.

Minggu lepas, aku tanya member seperti Leman, Amrul, Abejah, Yus, Ayares, ada tak yang nak pergi Singapore, sebab aku nak ikut beli aksesori video. tapi masing2 ada hal yang tak dapat dielakkan. Cuma dengan Azmeir (EK Photography) jer aku tak tanya, sebab aku segan, dulu dia pernah bantu aku.. (TQ Mir, aku masih ingat jasa kau.. hehe)

Aku try call Din, cepat aja dia kata ‘boleh’, Tanya itu ini, semua ‘boleh’ sahaja. Sampai aku mintak dia ambil aku kat Larkin ‘pun boleh’. Sikap bolehnya ini menghairankan aku, sampai aku tanya, kita pegi Singapore ni pakai kereta kau ke Din, “Boleh” jawab dia. Dalam kereta kami berbual dan berborak macam2 hal termasuk pasal kehidupan. Kadang-kadang aku straight je cakap kat dia..

Aku: Din, kau ni berlagak ek !!..
Din : A’ah, aku memang berlagak … dengan wajah takde perasaan
Aku : Din, kau ni kaki sound orang ek !! kejam plak tu..
Din : A’ah, cara tu bagi aku, orang dapat belajar..

Rupanya dia ni masa kecik, susah jugak hidupnya. Bila dia bukak kisah sejarah hidup, aku terus simpati, kesian jugak hidup si Din ni. Mungkin sebab itu, dia menjadi apa yang dia jadi hari ni, termasuk lah kerja kuat & kadang keras hati … kekeke..

Din bawak aku ke beberapa tempat di Singapura. Akhirnya aku dapat apa yang aku nak. Wow.. bestnya.. Syukur pada Tuhan. Rupanya Din tak beli apa benda pun, dia seolah ‘tolong hantar aku je’.

Kalau jumpa kedai video, kamera, dan guitar, aku mesti melekat kat sini dulu,
tak tau lah apsal.. hehe

Sekali tu, aku mintak izin pergi toilet kejap.. Masuk dalam kereta dia semula, Bumppp!!.. aku tutup pintu… dia bersuara;

Din : Jek, bini kau call aku, anak kao demam..
Din : Aku ingat nak bawak kau round-round Singapore …. (belum habis cakap)
Aku : Tak payah lah Din, kita balik je lah jom, aku risau gak ni..

Sepanjang jalan balik, aku perhati, Din tak banyak sangat bagi kata-kata perangsang untuk kerja kerja video aku (padahal aku ingin sangat dengar dari mulut dia) . Tapi bila sampai Larkin, dia turunkan aku,... aku hulurlah duit sikit sekadar yg mampu untuk cover duit minyak dia. SATU SEN PUN DIA TAK MAU siutt.. Dia tak nak ambil, puas aku paksa pun tak jalan, padahal dia sebenarnya keluarkan kos kenderaan, tenaga, masa dan minyak semata-mata untuk melayani kepentingan aku.

Lalu aku sedar, banyak sungguh bantuan dan ‘perangsang - cara dia’ untuk aku ambil iktibar. Tak semestinya melalui perkataan. Aku makin respek kat dia.

Memang dah jadi rezeki hidup aku, selalunya bila aku perlu bantuan, ada sahaja rakan yang sudi bantu. Macam kes semalam ni lah. Terima kasih wahai semua SAHABAT-SAHABAT KU.. Aku doakan korang mudah masuk syurga.. Amin.


rasa terharu bila aku baca, rupanya ada juga orang yg menghargai aku selama ini..tq bro!!

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my
info.artcreative@yahoo.com


promosi2

6 comments:

  1. bro din..
    kadang2 orang yg hargai kita tidak meluahkan dengan perkataan. cukup dengan menginganti dan menghargai kita dari 'jauh'

    ReplyDelete
  2. baru aku tau..ada orng yg jd screet admire..ingat xder yg suka..ekekeke

    ReplyDelete
  3. terharu gak bila baca artikel ni.....aku mmg kenal sapa si putera_pawaka...walau pun selalu bertegang urat...tp GUA MMG LESPEK SAMA LUUUUuuuuuu....CAYALAH!

    ReplyDelete
  4. wah wah abg din.... hehe

    ReplyDelete
  5. din.... thanks jugak selama ni byk kasi ilmu kat aku... huhu ko memang silence teacher ahh... we have 2 observe d way u work, then only we learned from u. thanks again! slamat berpose!

    -firdauz83

    ReplyDelete
  6. Din, lu igt lu bagus ka?
    Kalu lu brani, meh turun Pasir Gudang.
    Wa kasik belanja lu satey.Haha.

    *aku tau sapa penulis artikel ni.

    ReplyDelete