++Kini Tiga Puluh Tujuh++

Tanpa disedari masa terus berlalu..
hari berganti hari...
tiga ratus enam puluh lima hari terasa begitu pantas..
setiap detik tak terhitung, berdesup bak cahaya jarum bergerak..

Pada waktu-waktunya
kita tidak pernah mengerti
pada lilin yang menyala
dengan hayat dan budi.

Kadang-kadang
kita tidak pernah sedar
sewaktu berada di taman maha luas ini
dengan kembang seribu warna
bahawa kita sering berjalan
ke pintu nostalgia
yang nanti akan melontarkan kita
dengan kerasnya
ke hari silam yang tak terjangkau.

Akhirnya kita pun tahu
bila sesekali
tempias dingin air mengejutkan lamunan
bahawa masa berubah pantas
seiring berlalu dengan usia aku

dan apa yang aku lalui ini mendewasakan diri
ku melangkah dan terus melangkah
dalam meniti usia

dan aku kini tiga puluh tujuh..

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

1 comment:

  1. maksudnya hari jadilah ni ya bro :-)
    "Selamat Hari Lahir" semoga trus sukses...

    ReplyDelete