Seminar Pengiraan Kos Professional Fotografi oleh Saiful Nang


Atas sokongan yg tidak berbelah bagi...aku tolong iklankan

SEMINAR PENGIRAAN KOS PROFESSIONAL FOTOGRAFI OLEH SN

Oleh kerana 95% jurugambar di Malaysia gagal untuk keluar dari kerja harian mereka untuk fotografi yang mereka sukai. 99% tidak pernah membuat pengiraan kos yang baik dan yang lagi teruk apabila kebanyakan mereka langsung tak tahu apa itu pengiraan kos. Harga hanya ditentukan bergantung kepada siapa yang bertanya. Dan untuk kebiasaannya, mereka mengenakan caj yang tidak masuk akal dan tidak dapat membantu mereka dalam mengembangkan kerjaya mereka dalam fotografi. Kurang 2% daripada jurugambar yang mampu untuk mendapat pendapatan 5k ke atas setiap bulan hanya dengan fotografi. Yang selebihnya, mereka bersusah hanya kerana kunci mengembangkan kerjaya itu tidak dikuasai…iaitu “Pengiraan Kos”.

Pelajari dari Saiful Nang bagaimana beliau mengembangkan kerjaya fotografinya dari permulaan modal RM90 hingga berjaya mendapatkan sejuta yang pertama dalam tempoh 2 tahun sahaja. Anda boleh jadi lebih baik sekiranya anda telahpun mengetahui teknik pengiraan ini serta teknik pemasaran strategik itu dari permulaan kerjaya lagi.

Pelaburan RM49 untuk mengelakkan kesilapan yang ribuan ringgit kerugiannya ialah satu langkah bijak.

Detail

Tempat : University Malaya (tempat akan diberi kepada pembeli tiket sahaja)
Tarikh : 12 Okt 2009, Isnin
Masa : 8.30 – 11.30 pm
Pembentang : Saiful Nang
Hos : Colours of Asia Sdn Bhd & Universiti Malaya

Subjek

1. FPSN – Kenali teknik pengiraan yang telah digariskan untuk membuat pengiraan kos secara professional berdasarkan FPSN 2006 (Ditambahbaik pada 2009). FPSN telah berjaya mengubah hidup ramai jurugambar semasa kali pertama diperkenalkan kira-kira 3 tahun lepas.
2. Hirarki Pemasaran – Di manakah anda dalam pyramid pemasaran. Kenali pasaran anda dengan bijak. Ini penting untuk anda mengatur strategi berikutnya.
3. Strategi Harga – Keluar dari perang harga. Pelajari bagaimana seorang jurugambar boleh mengenakan caj yang tinggi dan masih tidak ketandusan pelanggan. Bagaimana harga itu dijadikan strategi dan dipasangkan denga kualiti perkhidmatan dan produk akhir.
4. Strategi Globalisasi – Pelajari teknik mudah bagaimana untuk anda menembusi sempadan perniagaan hingga anda sanggup diterbangkan ke seluruh pelusuk dunia hanya kerana satu konsep yang sangat mudah.
5. Tips perniagaan – Pelajari tips perniagaan yang datang dari pengalaman sebenar yang sukar untuk anda perolehi melalui buku-buku.
6. Q&A – Tanya apa-apa soalan dan akan dijawab.

Siapa perlu hadir

1. Peminat fotografi
2. Jurugambar sambilan yang berhasrat menjadi sepenuh masa dalam fotografi tanpa risiko kehilangan pendapatan. Pelajari bagaimana penyampai seminar ini menjadi sepenuh masa hanya selepas sebulan dan terus menggandakan pendapatan setiap bulan.
3. Jurugambar yang mencari-cari sebab mengapa mereka masih tidak mampu mengeluarkan pakej-pakej premium yang lebih nilaidari segi kualiti serta harganya.
4. Jurugambar dalam apa-apa bidang yang berminat untuk mengetahui kaedah membuat pengiraan kos, pemasaran, penjenamaan dan perniagaan.
5. Jurugambar yang masih keliru mengapa kerjaya mereka tidak berkembang dan masih lagi berada di takuk lama.
6. Jurugambar yang masih bernaung atau bergantung harap kepada orang ketiga seperti Mak andam, butik pengantin dan lain-lain.
7. Sesiapa sahaja yang belum mengetahui tentang pengiraan kos walaupun dalam bidang perniagaan lain. Tidak rugi belajar sesuatu dari pengalaman. Kerana setiap orang, pengalamannya berbeza.

Juga nantikan edisi selatan tidak lama lagi...

untuk keterangan lanjut sila ler ke Photoskool.

No comments:

Post a Comment