++Outing Portraiture bersama Saluddin Ismail++


Ini adalah permintaan dari seorang kawan kat taiping, supaya aku buat satu sesi outing kat sana dan kebetulan aku balik ke Taiping pada hujung januari 2010, jadi aku plan untuk buat satu sesi outing secara santai..perancangan awal seperti kat poster tu..
Dalam outing tu nanti aku sendiri akan memberi guide line tentang beberapa perkara dalam penghasilan portraiture cara aku.

Antara Pengisian Outing tu nanti,aku akan bercerita tentang :-
1. Pemilihan Background + Composition
2. Penggunaan Phottix Trigger + Strobe Lighting
3. Setting Kamera Cara Aku
4. Pengarahan + PR + Sudut Pandang Kreatif

Ini antara lokasi serta masa dan tarikh yg aku rancang utk sesi outing tu nanti, jika ada perubahan aku akan update kat blog ni..Perbincangan dengan Rasdi (ketua jajahan Taiping ) sedang mencapai kata putus...so nantikan aku kat sana...insyallah!!

Lokasi : Taman Tasik Taiping
Tarikh : Ahad 31 Jan 2010
Waktu : 9.00 am - 12.30 pm
Bayaran : RM30.00 - RM50.00/ Seorang
Terhad Untuk 15 Orang Sahaja
Pembayaran : ArtCreative Photography ( Maybank ) 501301513346 atau Walk-In

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

++Hidup Tanpa Masa Berehat++

Jadual kerja aku memang pack dalam minggu-minggu terkahir tahun 2009 ni, dalam menyelesaikan tunggakan kerja untuk memilih sebanyak 21,236 keping gambar dalam 73 folder untuk 13 client yg tabah menunggu dengan penuh kesabaran, aku juga perlu selesaikan tugasan yang sedang menunggu...dan minggu ni seperti kebiasaan aku perlu teliti dengan setiap aturan tugasan aku, agar tiada yg tercicir dalam sajian menu aku..

Khamis 31hb Dec 2009 - Perasmian Tg Langsat Port - 9.00am - 12.00 pm
Jumaat 1hb Jan 2010 - Majlis Pernikahan di Masjid Pasir Gudang - 9.00am - 11.00am
Sabtu 2hb Jan 2010 - Majlis Resepsi di Taman Pasir Putih - 12.00pm - 4.30pm
Ahad 3hb Jan 2010 - Majlis Resepsi di Dewan Tabung Haji, Johor Bahru - 12.00pm - 4.30pm

Kepada Art Photoshooterzz yg bertugas bersiap sedia dgn senjata anda..dan sesiapa yg teringin merasa bagaimana penatnya menjadi seorang fotografer yang sibuk..boleh sertai sesi tag santai dengan aku..

Di meja ini segala-gala tafsiran boleh di mengertikan..bahawa aku memang sibuk sepanjang hari..

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

++Aku dan XPDC++

Setelah hampir 20 tahun XPDC berada di persada seni, telah banyak pahit manis serta ranjau duri yang mereka tempuhi seperti pertukaran anggotanya bersilih ganti, kini setelah12 tahun mereka kembali bersatu.....bukan satu jangka waktu yang singkat untuk dinantikan. Namun kalau sudah ketentuannya begitu apalagi yang dapat dilakukan. Sejarah akan tinggal sebagai satu sejarah. Yang baik jadi tauladan yang buruk disempadankan.

Begitulah yang terjadi kepada kumpulan XPDC. Pelopor muzik 'Heavy Metal' Malaysia ini.
Demi satu perjuangan, kini mereka bergabung semula...BERSATU kepada yang asal untuk peminat-peminat 'brutal' mereka.


IZO pemain gitar, ZUAR – bass, AMY – dram, dan MAEL sebagai penyanyi utama...inilah yang dirindui peminat mereka. Kombinasi yang ada karismanya tersendiri.

Kali terakhir mereka bersama adalah pada tahun 1997, di kala penerbitan album keempat mereka, BRUTAL yang masih berbisa hingga ke saat ini.

Menyentuh tentang album terbaru XPDC, “RASOPARISO” akan memaparkan lagu-lagu baru XPDC yang berkonsepkan Fast Heavy Metal, Ballad, Moderate, dan 60's / A go-go. Keempat-empat konsep ini adalah konsep-konsep muzik yang pernah menaikkan nama XPDC dipersada muzik tanahair. Elemen kombinasi ini sebenarnya datangnya dari 4 album mereka sebelum ini iaitu album: Darjah Satu, Timur Barat, Kita Peng Yu, & Brutal yang digabungkan dalam album penyatuan semula mereka ini demi menyempurnakan kerinduan peminat mereka.
“RASOPARISO” juga adalah kesinambungan bagi album “ROCK UNION” yang telah diterbitkan dan dipasarkan pada tahun 2008. Album tersebut adalah terbitan bersama Life Records dan EMI Malaysia.

Antara lagu-lagu yang bakal berada di dalam album terbaru ini pula ialah:
-Rasopariso (reggae rock)
-Aku Tetap Aku (ballad)
-Aku Yang Hilang (moderate)
-Apalagi Nak Di Kenang (A go-go)
-NtahyeNtahtidak (Moderate)
-Sana Sini Sama Saja (Heavy Metal)
-Rasa (ballad)
-Sampai Bila (Heavy Metal)
-Puing Cinta (60's)
-Negatif (Heavy Metal)
-Curahan Rasa (moderate ballad)
-Menentang Arus (moderate ballad)

“RASOPARISO” bermaksud budi-baik. Ianya cukup sesuai dengan tujuan gabungan dan album mereka ini yang mana tidak lain dan tidak bukan menjadi buah tangan mereka untuk industri muzik tanahair dan juga peminat-peminat XPDC sendiri. Album dan gabungan ini juga sebagai satu balasan yang diterjemahkan sebagai satu penghormatan buat Allahyarham Zul Adnan atau lebih dikenali sebagai J.S Kevin. Individu yang menamakan kumpulan ini sebagai XPDC. Disamping menjadi penerbit eksekutif bagi kumpulan ini, Allahyarham jugalah yang banyak mengubah lagu & lirik berhantu kumpulan ini.

Album RASOPARISO yang diterbitkan oleh kumpulan XPDC sendiri dah telah pun menjengah pasarannya sekitar bulan Jun/ Julai 2009 yang lalu. Apa yang pasti, Mael, Izo, Zuar dan Amy akan bergerak semula sebagai XPDC Reunion untuk memanaskan kembali suasana industri muzik tanahair. Dijangkakan juga mereka akan membuat sebuah persembahan istimewa di atas gabungan semula dan penerbitan album terbaru ini.

++Outing Portraiture Dunia Fotografi 2009 ++


Aku berkesempatan untuk join outing bersama geng2 Dunia Fotografi pada sabtu 12 Dec 2009 di Tasik Shah Alam. Terima kasih kepada Adhadi yg membenarkan aku turut serta pada saat-saat akhir kerana kebetulan aku berada area KL pada masa tu..

Antara Pengisian hari tu adalah :-

1. Mengenal Available Light
2. Penggunaan Available LIght

3. Tiga Sudut Cahaya

4. Penggunaan Light Modifier

dan fasilitator yg bertangungjawab membimbing perserta terdiri dari Bro Hermanz ,Adhadi , Aku dan Pevey. Walau tak banyak yg dapat aku share tp cukup sekadar membantu perserta yg hadir pada hari tu.



Untuk preview yg lain boleh klik kat sini utk ke flickr aku


ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

++Rahayu & Mohd Noh++


Ini antara wedding assignment dalam minggu paling sibuk aku, selepas majlis persandingan Diha & Adib di Taiping pada sabtu 21hb Nov 2009..aku bergegas balik ke Johor Bahru dgn bas express malam tu untuk resepsi Rahayu dan Mohd Noh di Kg Melayu Majidee, Johor Bahru pada hari ahad tu.Berkonsepkan warna putih, Rahayu atau panggilan manjanya Ayu memang nampak ayu...sekali pandang ada iras-iras artis sikit..ekekke.
Aku memang tak pernah jumpa Ayu sebelum ni....walau dah 2-3 kali appointment nak jumpa, tp tak kesampaian atas kesibukan jadual kerja aku dan Ayu sendiri. Walau sedikit kepenatan kerana travel yg agak jauh, assignment ni berjaya juga aku selesaikan.Untuk preview penuh klik kat sini.

Assistant Photographer : Yon Nizam
Tagging Photographer : Sham
Bridal & Make Up-Artist : Adli Bridal


ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

++Alif & Imah - Sri Tanjung, Muar++


Kekosongan jadual pada minggu lepas di isi pada saat-saat akhir dgn wedding assignment Alif & Imah dari Muar. Atas jemputan seorang kawan dari Cliksta Photography, aku di tugaskan menjadi jurugambar suka2 kerana perkahwinan adik beliau..kemain sibuk lagi aku tengok si Hakim ni, dari cawan, sudu, pinggan, ayam golek sampai ler ke bridal dia yg uruskan semua utk memastikan majlis perkahwinan adik dia berlangsung dgn meriahnya walaupun dia sendiri tak kawen-kawen sampai sekarang..atas tanggungjawab seorang abang sulung dia korbankan faktor usia serta pedulikan kutukan aku..


walau aku tengok ramai makcik2 kampung try kenenkan anak diorang kat Hakim tp sikit pun Hakim x layan..sebab Hakim dah ada buah hati yg lagi cantik dari awek2 kampung tu...wakakkaka

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

++Diha & Adib - Taiping with Love++


Sekian lamanya aku berjuang dalam industri perkahwinan ni, akhirnya selepas satu dekad, aku pulang jua ke kampung halaman aku utk wedding assignment Nur Izdihar & Adib di Changkat Jering, Perak. Walau bukan kampung aku betul, tapi dah kira dekat sangat dah... Hujan turun tak menentu kat Taiping, kadang lebat..kadang renyai...tentu Diha dan Adib suka pasal hujan turun, malam mesti sejuk kan...ekekke

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

++Basic Off-Flash Photo Clinic++


Klinik pada 15hb Nov 2009 yg lepas adalah asas pertama untuk beginner dslr yang ingin mencuba dslr dengan off-flash setting, sesi telah di mulakan oleh Didiz kerana aku masih mamai ketika tu,kerana tak cukup tidur selepas keluar dari Singapore sekitar 4.30 pagi..wakkakaka!!
Aku hanya menambah beberapa teknik tentang cara aku bermain dgn 1-2 strobe lighting dari apa yg telah Didiz perkatakan. Aku harap apa yg telah di sampaikan kepada yg datang dapat di pergunakan dalam proses permainan lighting yg lebih menarik.

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

++Mohamad Firhan & Analyn Fajardo Herrera++


Pertama kalinya Artcreative associate bersama Flipside dari Singapura pada 14hb Nov 2009, utk majlis pernikahan serta resepsi antara Firhan & Analyn Fajardo Herrera @ Hannah yang berasal dari Philipina tp menetap dan bertugas di Singapura.Seharian aku berada di sana melayan suasana wedding di sana..agak mudah shoot wedding kat Singapura kerana assingment ni aku banyak rehat sambil layan makan bersama Razi ( owner og Flipside ) ada 3 persalinan semuanya..cuma masa banyak terbuang dgn menunggu diorang tukar3 baju..kelainan cara aku shoot agak menghairankan diorang kot, aku try implement stage photography serta creative shoot dgn stail aku..mula-mula agak susah aku nk create funshoots masa group foto..tp ok ler akhirnya dapat gak shoot macam yg aku hendak...untuk preview penuh sila klik sini.

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my