++Bila Aku dah Bosan++

Kebosanan di tahap maksima tiba-tiba membelengu hidup aku, tanpa perancangan sebenarnya seawal pagi sabtu 9hb jan 2010, aku drive ke Melaka seorang diri untuk melayan kerenah bodoh aku ni, dalam kelajuan 140 km/jam aku sampai sekitar pukul 10.00 pagi di sana..perjalanan begitu lancar.
Kebetulan ada Outing
Malacca Beauty From 50mm Point of View bersama geng-geng Melaka. Sempat gak aku join masa diorang tengah mencari gambar sekitar Bandar Hilir tu sambil layan cendol bawah pokok sebarang jalan jam besar tu. Terima kasih kepada Danial dan seorang peserta PC4 yang telah menegur aku semasa TT kat Restoran Subaidah tu.


Habis outing dan sesi penyampaian hadiah oleh nama-nama besar fotografer Melaka seperti Dr. Malek dan Rafi, aku plan nak join Apis Toyol shoot wedding tengahari tu, sekali aku call dia kata sibuk sangat..so aku taknak ler kacau tugas dia.
Kebetulan Hakim Salleh free masa tu, aku layan makan tengahari kat kopitiam Best yg langsung tak best...wakkaka!!..lepas makan sambung layan movie Merantau Warrior di shopping complex yg aku lupa namanya...ekekeke



Lepas habis movie lepak jap kat Old Town sampai kol 6.30 pm sementara menunggu Apis Toyol datang, sambil aku memerhatikan anak bangsa aku sedang bahagia berpacaran..tunggu punya tunggu, sampai pukul 8.30 Apis tak datang..sekali aku call...alamak din, aku lupa ko ada kat Melaka, aku ingat ko dah balik..ampeh sungguh jawapan si Apis!!

Nasib baik petang tu ada outing lagi bersama SN sekitar Sungai Melaka..so layan panorama malam kat situ..sambil rasa geram kat Apis. Dan malam tu aku tumpang tidur kat rumah Apis, walau aku marah kat Apis tapi Apis baik hati rupanya sebab dia bagi aku 2 helai baju gambalawa.com sbb aku langsung tak bawak baju spare masa tu...ekekekeke.



Pagi ahad 10hb jan 2010, aku follow Apis shot wedding kat area Bemban, resepsi antara Farah dan Ejad, Farah seorang yg ceria giler di porak perandakan lagi dengan 3 fotog tak siuman, dan Apis menjadi chief aku dan Sharill hari tu dan dia memang pandai membuat lawak antarabangsa rupanya , dan perkataan baru dari Apis hari tu ialah"DAHU" kombinasi antara dahi dan dagu, bila Apis tersasul nk sebut apa ntah..aku gelak sakan dgn perkataan tu sepanjang hari.
Lauk memang best hari tu...aku layan ayam goreng berempah dekat 10 ketul sorang-sorang waktu Apis sibuk shoot pengantin..ekekeke!!


Habis wedding petang tu, aku layan outdoor kejap kat Hutan Reakreasi Ayer Keroh bersama Apis dan Sharill, kalau ikutkan hati nak balik petang tu, tapi sebab aku tumpnag kereta Apis terpaksa lah aku follow dia sampai habis..ni pun idea si Apis sebab dia memang tak kasi aku balik awal..Lepas sesi outdoor tu, singgah minum kat Restoran Ikan Bakar apa ntah kat Ayer Keroh tu..sambil sesi bual dan kritik ayat-ayat pedas aku..ini pun atas arahan Apis juga.


Dan malam tu aku lepak rumah Apis lagi sambil layan AJL kat TV, selepas semua rayuan aku untuk dapatkan pass media tak di layan...ekekeke Habis AJL, aku bergerak balik ke JB...
Melalui Jasin untuk ke lebuhraya sekitar 12.00 malam amat menakutkan aku...kesunyian dan kegelapan sepanjang jalan membuatkan aku sedikit cuak dan sepanjang jalan tiada kenderaan lain selain aku..dalam hati ni mesti Apis nak kenakan aku ni, sebab dia yg suruh aku ikut jalan tu...

Sekitar 1.00 am, 11hb Jan 2010 aku dah tiba di RNR Pagoh...perancangan awal nak minum kopi secawan dua..sekali zzzzzzz dalam kereta sampai kol 8 pagi...wakakakaka!!
dan aku meneruskan perjalanan balik ke JB selepas bersarapan roti bakar dan 2 biji telur separuh masak...sampai rumah terus sambung tidur sampai petang....
Selasa 12hb jan 2010, seharian aku outsation sebab ada majlis korparat bersama Kulim (M) Berhad dan Rabu 13hb Jan 2010, aku berada Kuala Lumpur atas urusan peribadi dari seawal pagi dan pulang semula ke JB lewat malam tu..
Dan semua aktiviti yang aku lakukan untuk menghilangkan rasa kebosanan ni belum dapat diselesaikan hingga ke hari ini...dan sampai saat ni juga, wife aku tak tahu langsung apa yg berlaku kat aku dari minggu lepas sehingga semalam...wakakaka!!

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my


No comments:

Post a Comment