++ Off-flash clinic by Saluddin Ismail - Keningau, Sabah++


ArtCreative bersama Gomogi Studio akan mengadakan siri jelajah Off-Flash Clinic bersama Saluddin Ismail di Keningau, Sabah, pada 28hb Mac 2010. Pengisian lebih kepada teknik off-flash dan permainan 3 strobe creative lighting. Disamping itu juga, saya akan berkongsi teknik-teknik dan kreativiti dalam pemilihan background, composition serta penerapan elemen-elemen yang menguatkan sesuatu foto.

Dalam outing kali ini, saya akan berkongsi teknik-teknik dan kreativiti dalam pemilihan background, composition serta penerapan elemen-elemen yang menguatkan sesuatu foto. Sepanjang sesi itu nanti juga, saya akan memberi tip - tip menarik bagaimana menjadikan gambar lebih sempurna.

Saya juga akan berkongsi kesesuaian setting dan kombinasi antara white balance + exposure value + shutter + aperture yg di gunakan bagi setiap sesuatu keadaan.

Pengisian outing ini bukan sekadar snap shoot dan kerakusan menembak dengan kadar laju tapi lebih kepada penghasilan gambar sesempurna yang boleh bersama kombinasi pengcahayaan kreatif.

A.) Tarikh :
28hb Mac 2010

B.) Lokasi:
Keningau, Sabah ( lokasi specific akan dikemaskini kemudian )

C.) Bayaran :
RM 100.00 setiap individu
Bayaran melalui Maybank CDM / Transfer ke akaun Saluddin Ismail 151575008817 atau hubungi Mohd Mazlan ( Gomogi Studio di Keningau ) bagi peserta yang ingin menempah tempat secara terus.

Selepas membuat pembayaran :

Email kepada “ info@artcreative.com.my
dengan tajuk
“ OFF-FLASH CLINIC ”
sertakan bersama :

1 ) Nama Penuh 2) No.ic 3) No. Telefon 4) Alamat Email


D.) Peserta :
20 orang sahaja.

E ) Keperluan dan Equiptment :
Sebarang jenis brand kamera.
Speedlight
Flash Trigger - Pocket Wizard, Phottix
Light Stand & Eksesori - payung / softbox / reflector ( Jika ada )

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

++Saifuz Zaman & Hazimah++





Kisah cinta mereka bermula... " saya dan saifuz berkenalan coz senior tempat keje saya (subang jaya medical centre) sy yang kenalkan..senior saya tu ade bf n bf d tu bestfren kepada saifuz...so kitorg berkenalan melalui dorg... kami bersms n sminggu lpas tu baru jmp ... first time kami jmp d mmg byk ckp n sy plak tgh blurr..smpikan sy main chopstick wat mcm drum pun sy xsedar..sy jd blurr coz penat sgt blik dr keje..d gelak je tgk sy time tu...so smpi skrg klu tgk chopstick je ktorg tringat time first time kitorg knal dlu..hehehee... n slpas sbln kami kenal , d melamar saya jd gf d...sebulan lpas tu plak d melamar saya utk jadi isteri d...yg sy suka tu d melamar sy bkn cara yg romantik...d melamar saya kat subang airport yg lama..waktu kami tgk kaaplterbang berlepas.... tp abg din sy sbnarnye dlu saya xsuka kje kat sjmc sbb jauh dr keje saya..tp klu x kerana kerja kat sjmc la sy xdpt kenal ngan saifuz...sblm kami bercinta rmi gak kawan2 sya xsuka sgt ngn d sbb d jauh lebih tua dr sya..tp sya ikut kata hati saya.. n alhamdulillah kami bahagia nuw..suami saya skrg bekerja sebagai manager di scomi oil & engennering..
saya plak sekarang cont stdy degree in nursing kat uitm puncak alam.. sy cont stdy sebulan sblm d purpose sy jd wife d...
masa sy berkenalan dgn d sya xpnah tanye d stdy katne sampaila sbulan lpas kenal d senior sy yg kenalkan d bgtau d pnah duduk kat US slama 7thun n d sbnarnye bekerja sbgi manager...itupun secara kebetulan kwan sy bercerita..sblm kami jmp d cm bgtau sya d kerja kat scomi ... "

Fotoshooterzz by : Herizat

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

++Fadhila & Azrul - Resepsi++



Fadhila berasal dari Batu Pahat, Johor dan Azrul dari Gurun, Kedah.Azrul bekerja di Sime Darby Engineering Pasir Gudang sebagai Supervisor Structural Module Oil and Gas.
Sehingga kini Fadhila masih melanjutkan pelajaran dalam bidang Mechanical Engineering di UTM Skudai dan Azrul sebelum ini juga belajar dalam bidang yang sama di UTM KL.

Perkenalan dan perasan chenta mereka berputik di tempat kerja bilamana mereka
di serap dalam satu department, bermula dari situlah....bermula episod cinta mereka....


Dan selepas setahun perkenalan, mereka bertekad untuk mengikat tali pertunangan pada Oct 2008 dan seterusnya majlis resepsi pada 19hb Dec 2009 yang lalu di kediaman kelurga Fadhila.


Semoga mereka kekal bahagia smapai syurga hendaknya.

Fotoshooterzz by : Hakim Salleh

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

++Suri & Edry - Full Edition++

Sekian lamnaya aku tak update gambar-gambar dalam wedding assignment, kali ni aku mulakna dengan pasangan Suri dan Edry...sorang cute dan sorang lagi ensem..

Suri berasal dari Yong Peng, Johor yang berkerjaya sebagai Programmer di MSU Shah Alam, bekas pelajar dari UTM, Skudai dalam bidang Computer Science.

Edry pula anak jati KL berasal dari Kepong, dan sama-sama belajar di UTM, Skudai.

Suri dan Edry bertemu semasa join program KEMJIS UTM 2003 together- gether.... dan dating since then... dan kawen selepas 6 tahun bercinta..kini mereka bahagia setelah di satukan pada 18hb Dec 2009 yg lalu di Masjid Jamek Yong Peng selepas solat Jumaat.

Sejurus majlis pernikahan berlangsung, majlis berinai kecil diadakan di kediaman keluarga suri pada petang itu. Walau berseorangan di pelamin, Suri tetap ditemani oleh suami terchenta.

Majlis resepsi di buat ke esokan harinya di kediaman keluarga Suri di Taman Seri Bayu, Yong Peng. Walau hujan mengiringi majlis tersebut...tapi tetap meriah dengan bertemakan warna pink lembut..Suri begitu menawan dengan pakaian dari koleksi Rumah Kebaya oleh Ahmad Fairus.

Fotoshooterzz assistant by : Yon Nizam

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my


Rarindra Prakarsa Workshop

Capturepixs Studio seperti biasa dengan kerjasama erat rakan sekutu kami, Fotokahwin dan Artcreative Photography akan membawakan Saudara Rarindra Prakarsa, di terbangkan khas dari Indonesia kepada rakan-rakan photographer di Johor Bahru yang ingin menuntut ilmu dari sudut photography dan editing..

Rarindra Prakarsa telah mencipta satu fenomena ajaib dalam dunia fotografi. Sehinggakan sesiapa yang tidak mengenali beliau, boleh dianggap tidak mengenali orang-orang yang kreatif dalam dunia fotografi. Berasal dari Indonesia, dan kepada pencinta seni fotografi boleh menganggap beliau antara sifoo fotografi tersohor masa kini.

Beliau pernah beberapa kali membuat WORKSHOP di Malaysia yang di hadiri ramai penggiat seni fotografi. Dan terbaru pula pada Mac nnt, di anjurkan oleh Foto Impian ( kerjasama dgn ASFON ) di PICC. DAN CAPTUREPIXS akan membawakan Rarindra sekali lagi untuk workshop EDITING & PRACTICAL SHOOTING pada APRIL akan datang.

Dengan menyertai WORKSHOP ini, anda berpeluang menyingkap rahsia dan misteri beliau dalam memanipulasi karya senifotonya untuk menghasilkan satu karya yang hebat dan tidak jemu untuk di pandang.



A.) TARIKH :
17 & 18 APRIL 2010


B.) LOKASI :
Utm dan Hutan Bandar MPJBT



C.) YURAN PENYERTAAN :

RM 700 for EARLY BIRD ( BAYARAN PENUH SEBELUM 31 March 2010 )
RM 800 sekiranya pembayaran penuh selepas 31 March 2010.

* PRE-BOOKING Fees : RM200 - untuk booking seat.
- deposit tidak akan di kembalikan sekiranya pembatalan tempahan.

- Pembayaran penuh semasa pendaftaran juga dibenarkan tetapi peserta WAJIB membuat pembayaran PRE-BOOKING terlebih dahulu bagi mengesahkan tempat. Dan pembayaran baki semasa pendaftaran adalah di bawah kategori yuran RM800.


D.) TARIKH TUTUP PENYERTAAN :

Sehingga penuh 20 ORANG / Sehingga hari pendaftaran.


E.) PESERTA :
20 orang MAKSIMUM. - YA, 20 ORANG SAHAJA.



F.) TENTATIF WORKSHOP :

Day 1 - 1st Session
------------------------
08:00 - Pendaftaran
09.00 - Kata Aluan dari Penganjur & Sesi Suai Kenal
09.30 - Sarapan Pagi ( di sediakan )
10.00 - Pengenalan dan Intro dari Rarindra Prakarsa
10.30 - CREATIVE PHOTOGRAPHY - Tips, Pemilihan Background, Composition dan Pencahayaan Yang Dramatic, Concept, Idea dan Pemilihan Subjek Yang Sesuai..
12.30 - Sesi soal jawab.
01.00 - REHAT - lunch ( di sediakan )


Day 1 - 2nd Session
------------------------
02.00 - Editing Learning using Photoshop ( create light, colour, ambient, ROL, and konsep olahan mengikut gambar yang disediakan.
Rahsia editing Rarindra akan didedahkan dari awal hingga akhir.

04.15 - TEA BREAK
04.30 - Sesi review hasil editing.
05.00 - sesi soal jawab.
06.00 - bersurai



DAY 2 - 1st Session
--------------------------
07.30 - PRACTICAL Shooting at Hutan Bandar MPJBT.
10.00 - Back to UTM for Sarapan Pagi
10.30 - Sesi Photo Editing gambar yang di shoot.
01.00 - Rehat ( Lunch di sediakan )


DAY 2 - 2nd Session
---------------------------
02.30pm - Review editing photo
03.00pm - sesi kritik dan komen dari Rarindra.
04.30pm - Rehat ( tea Break )
05.00pm - PEMILIHAN GAMBAR TERBAIK & PEMBERIAN HADIAH.
05.30pm - Sesi SOAL JAWAB
06.00pm - Group Photo, Autograph dan borak santai.
06.30pm - Bersurai...

--------------------------------------------------------------------------------------

G.) CARA-CARA PEMBAYARAN :

1. Bayaran ke Account MAYBANK

CAPTUREPIXS STUDIO
5513 - 0671 - 8042

2. Emailkan bukti pembayaran ke capturepixs@yahoo.com

3. Sertakan maklumat berikut :
- Nama Penuh
- Nama Samaran atau Nickname FB
- Lokasi.
- No. HP
- JUMLAH BAYARAN :

4. Email mestilah bertajuk "PENDAFTARAN WORKSHOP RARINDRA"

5. Sila sms kan juga pemberitahuan kepada 012-734 2474 ( AyAres )

PENGANJUR : CAPTUREPIXS STUDIO
Rakan Sekutu : FOTOKAHWIN & ART CREATIVE

Dengan Kerjasama :

RARINDRA PRAKARSA

++Outing Portraiture bersama Saluddin Ismail - Muar++

Berjaya membuat outing kedua dalam masa kurang dari seminggu selepas outing pertama di Taiping pada 21 Jan 2010, versi Muar ni juga adalah atas permintaan kawan-kawan disana. Terima kasih kepada Hakim Salleh sebagai penganjur bersama dan selaku penghulu fotografi kawasan jajahan takluk Muar.

Untuk Nina dan Nades selaku model of the day, jutaan terima kasih atas komitmen yg di berikan..


Dan kehadiran Rahmat Ali, Ayares ( Capturepixs ) dan Akhmal Adnan pada siri outing menjajah takluk fotografi ni memeriahkan lagi siri kedua ni...tq guy for support this outing. Pengisian outing adalah sama seperti yg berlaku di Taiping tempohari dan konsep yg sama masih di kekalkan, mungkin untuk versi akan datang, tema yg lain pula akan aku terapkan.

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

++Outing Portraiture di Taiping++

Alhamdullillah..outing itu aku anggap berjaya dengan sambutan baik di kalangan kawan-kawan di utara.Terima kasih kepada Rasdi sebagai penganjur yg berjaya menjadikan siri outing pertama aku secara formal ini berjalan dengan lancar. Sebenarnya siri jelajah ini akan berterusan seisi alam malaya ini....


Dah lama outing sebegini aku rancangkan...dan kini jadi realiti...dan harapan aku agar mendapat sambutan untuk siri-siri yang akan datang. Walau aku bukan lah sempurna mana pun, tapi aku cuba membawakan teknik dan pendedahan cara aku..cara dari apa yg aku olahkan dalam gambar-gambar potret aku selama ini.

Kehadiran peserta hari tu cukup membanggakan aku, bukan hanya newbie tapi mereka yang punya nama dalam industri wedding juga memberi sokongan...dan prinsip aku, outing ini bukan sekadar outing membuang masa, tapi lebih kepada menjalinkan networking sesama kita...
Bagi aku bukan duit menjadi perkiraan utama tapi ada perkara yang lebih penting harus aku utamakan...antaranya adalah tanggungjawab aku untuk menaikkan industri fotografi yg aku nampak ketempangan dan semakin haru biru hari ini.

Terima kasih kepada yg semua hadir.

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

++Suatu Hening Pagi - Taman Tasik Taiping++


Suatu ketika aku pernah di sini, lahir dengan seribu memori di tasik ini...dan aku rasa, seribu orang yg di luar sana juga pernah berada di sini...Taman Tasik Taiping, mengukir indah kenangan semasa dulu...kini aku datang kembali se awal hening pagi yg sunyi...sekadar mencari motovasi diri, cuba berbakti dengan ilmu sekecil zarah kurniaan Ilahi...

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my