++Outing Portraiture di Taiping++

Alhamdullillah..outing itu aku anggap berjaya dengan sambutan baik di kalangan kawan-kawan di utara.Terima kasih kepada Rasdi sebagai penganjur yg berjaya menjadikan siri outing pertama aku secara formal ini berjalan dengan lancar. Sebenarnya siri jelajah ini akan berterusan seisi alam malaya ini....


Dah lama outing sebegini aku rancangkan...dan kini jadi realiti...dan harapan aku agar mendapat sambutan untuk siri-siri yang akan datang. Walau aku bukan lah sempurna mana pun, tapi aku cuba membawakan teknik dan pendedahan cara aku..cara dari apa yg aku olahkan dalam gambar-gambar potret aku selama ini.

Kehadiran peserta hari tu cukup membanggakan aku, bukan hanya newbie tapi mereka yang punya nama dalam industri wedding juga memberi sokongan...dan prinsip aku, outing ini bukan sekadar outing membuang masa, tapi lebih kepada menjalinkan networking sesama kita...
Bagi aku bukan duit menjadi perkiraan utama tapi ada perkara yang lebih penting harus aku utamakan...antaranya adalah tanggungjawab aku untuk menaikkan industri fotografi yg aku nampak ketempangan dan semakin haru biru hari ini.

Terima kasih kepada yg semua hadir.

ArtCreative Photography
Tel : 012.7588266 / 019.7628384
Galeri : http://www.flickr.com/artcreative
Blog : http://saluddin-ismail.blogspot.com/
Web : http://www.artcreative.com.my/
Email : info@artcreative.com.my

No comments:

Post a Comment